-->

tabung sumbangan ;)

Showing posts with label Sharing Is Caring :). Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring :). Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Doktor Bukan Tuhan



Apa niat kita masa makan ubat?

Adakah kita berkeyakinan dengan makan ubat tu sakit yang kita deritai akan sembuh?

Adakah kita berharap bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?

Adakah kita beranggapan ubat tu ada kuasa magik untuk menyembuhkan penyakit?

Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu ada power untuk sembuhkan kita?


Sebenarnya kita tak sedar bahawa dengan beranggapan macam tu kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal ‘Azim.Ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Hanya Allah je yang ada kuasa yang Maha Penyembuh.


Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari Allah. Doktor dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk menyembuhkan penyakit. Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan Insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia. Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar….bertambah lah dosa.


Jadi,betulkanlah niat kita tu dan betulkanlah juga anggapan kita tu okey. Lain kali kalau nak datang jumpa mana mana doktor. Niatkan tujuan kita nak berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab ubat itu dan dengan izinNya penyakit kita mudah-mudahan akan sembuh ye. Ingat!. Ubat atau pun doktor takde apa apa kuasa untuk sembuhkan penyakit….


Ni nanti masa nak makan ubat tu baca dulu doa ni ye.Ini doa Bismillah Enam.

Bunyinye dalam bahasa Melayu:

Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim

 

renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya :p

Sunday, December 18, 2011

Pengembaraan Janin

Hai.
Assalamualaikum (^_^)v

Hari tu kan kan, tengok Halaqah kat tv9. Topik yang dibancangkan best sangat iaitu Perjalanan Janin. Best sebab kita boleh tau banyak ilmu baru. Dah nama topik pun perjalanan janin memang sangat related la dengan diri sendiri.So harini rasa nak share sikit ilmu dengan kawan kawan (kalau ada yang baca la kan.Siapalah aiii ni T_T) Up saham akhirat sikit. heee


Kenapa kita tak terus masuk syurga?

Tau tak kenapa Allah tak terus masukkan kita dalam syurga padahal dengan segala kekuasaan Allah,Dia boleh buat macam tu pada kita hamba hambaNya sebenarnya.Allah jadikan kita sebagai manusia sebagai sebaik baik insan.Khairul Insan.

So apa korelasinya semua tu? Haa tau tak. Sebenarnya mudah je.Kalau Allah terus masukkan kita dalam syurga,kita tak akan dapat menikmati betapa lazatnya nikmat syurga tu.Cuba kita fikirkan. Kalaulah kita tidah pernah merasa atau tahu macam mana rasa pahitnya sesuatu tu,sudah tentu lah kalau kita merasa benda yang manis kita tidak akan merasai betapa best nyaaaaa rasa manis tu. Paham tak? Paham tak? hee. Sama lah macam kita berpuasa selama sebulan masa Ramadhan,bila dah raya tu kita rasa best kan. kan. =D

- - - - - - - - - -



Kenapa kita dijadikan secara berperingkat?

Sebab Allah nak kita berfikir.Dengan berfikir akan terbentuk jalur perasaan & jalur keinsafan,secara tak langsung wujud perasaan takjub kepada Allah. Allah tak bagi kita instinct semata-mata. Allah tunjuk kebesaran tu dimana-mana je,dan yang paling dekat dengan diri kita,dalam rahim tu sendiri.

Sedikit tentang pengembaraan yang penuh keajaiban.

Allah tiupkan roh selepas 120 hari disenyawakan. Pada waktu itu, roh bersaksi kepada Allah bahawa "hanya Allah satu satunya tuhan yang ku sembah ". Allah jugak telah mencatatkan takdir kita pada waktu itu.



boleh rujuk surah Al mukminun ayat 13,14 :)


Perbezaan keadaan janin dalam rahim sebelum dan selepas  mendengar ayat Quran.



Kalau kita dapat tengok dalam video kat atas ni, bila janin mendengar ayat Quran, janin tu akan bertukar posisi dalam keadaan sujud iaitu posisi yang paling dekat dengan Allah. Wahh kagum kagumm.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...
99 bahagian yang Allah simpan tu adalah untuk orang orang yang beriman di akhirat kelak. (^_^)


Tu je lah kengkawan. Nanti kita sharing sharing lagi eh. hee
Okeylah,
Tata! :]

Wednesday, December 14, 2011

HypnoBirthing

Hai.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni hari terang benderang tak hujan lagi. Almaklumlah musim banjir sekarang kan kat Kuantan. huwhuw. Sejuk gila amat sampai nak pegi mana-mana kena pakai sweater. Ace bayang macam mana nak mandi pulak tu. Tak ke haruuu. Haha. Dah bukan takat haru, biru mulut-mulut semua, gigi terkacip kacip terketar-ketar. Cuma nasib baik cakap tak keluar asap je ha.Actually, makin ramai dipindahkan ke pusat pemindahan. Alhamdulillah rumah aku selamat lagik. pheww. Lega.Lega.


Okeylah sebenarnya den ni nak bukak cito pasal HypnoBirthing.Hari tu tertengok dalam rancangan WHI. Nak share sikit la dengan kawan-kawan sume. hehe.Tapi waktu tengok tu dah separuh da. Bila dengar tajuk tu mula-mula tade la paham sangat. Ingatkan pukau memukau semata-mata. Rupa-rupanya bukan. hee.


pstt. bukan macam ni ye. ;D


So,apakah itu HypnoBirthing?

Hypnobirthing ni adalah kaedah kelahiran yang sangat santai dan dibantu dengan teknik hipnosis. Ala macam pukau la tuww. Sebenarnya kaedah ini lebih memudahkan wanita untuk bersalin dengan menggunakan naluri keibuan mereka sendiri. Maksudnya kat sini, tade la push push macam nak melahirkan baby kat hospital tu dan ibu tu berinteraksi secara direct dengan baby dalam kandungan menggunakan naluri mereka sendiri. Kaedah ni lebih selamat,lebih mudah dan lebih selesa. Yang paling penting kaedah ni PAINLESS!


Tau tak kenapa bila bersalin secara biasa amat menyakitkan?

Kebanyakkan sakit yang berkaitan dengan labour ni berpunca dari ketakutan yang telah diprogramkan dalam diri semua wanita mengenai kelahiran. Dari kecik lagi kita dah biasa dengar dan diberitahu yang proses kelahiran ni sangat lah memeritkan,menyakitkan & menyiksakan ibu.
Humanity's most painful plight! Dari situ,dari kecik lagi, budak-budak pompuan semua dah rasa takut,seram sejuk semua termasuklah aku. Sampai pernah terpikir tak nak kawen kot. Haha. Tu zaman hingusan dulu la.Time kecik cinonet dulu. :D


Masa nak bersalin, apabila si ibu terlalu ketakutan dengan kesakitan,
body tense and constricted,so benda ni lah akan menjadikan sakit tu lebih worse.So, jika ibu buang semua ketakutan dan bersalin secara yang santai,makanya secara teorinya kesakitan itu sama sekali dalam dikeluarkan dan pendek kata rasa sakit tu langsung tak ada.


Kat mana kita boleh pakai kaedah HypnoBirthing ni?

Kat mana sahaja yang anda merancang untuk bersalin.Tak payah ke
hospital.Bersalin sendiri kat rumah pon boleh. Kat office, atau kat mana-mana yang korang suka. Cuma korang kena pandai la guna teknik ni. Kena selalu tenang, fokus dan belajar mengawal teknik pernafasan. Kat Malaysia pun dah ramai ibu ibu yang cuba kaedah ni,dan ternyata kaedah ni sangat berjaya. Yang paling penting TAK SAKIT! hehe




Adakah ia selamat untuk ibu dan bayi?

Ya. Hypnosis adalah benar-benar selamat untuk kedua-dua ibu dan bayi. Jangan risau. yang penting yakin. hee


Untuk lebih info dan berminat nak join kelas Hypnobirthing, boleh ke website ini. http://www.hypnobirthing.com.my/. Anda akan diselia oleh hypnotherpist yang berpengalaman klinikal yang akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan hipnosis positif untuk kebaikan anda dan bayi anda.




Pssst.. daripada banjir,surut,banjir & surut balik, baru siap entri ni. =P


Wednesday, December 7, 2011

Mentega Lalat #2

Hai.
Assalamualaikum kawan-kawan :)

Hari ni birthday ummi. Lebiyouuh Ummi. Tapi update kali ni bukan nak up entri celebrate birthday ummi semata-mata. Nak sambung kisah rama ramai yang terbengkalai 2 hari lepas. Boleh baca kat sini ye kawan-kawan.



Biasa tak nampak rama - rama terbang melintasi kita sendiri? Ralit tengok kan. Aku suka sangat. Cantik. Kalau tengah syok buat kerja tu, tumpuan boleh teralih ke arah rama -rama ni. Rama - rama ni dia datang dalam diam, senyap je, tapi walau macam mana diam sekali pun rama-rama tu, dia berjaya attract orang sekeliling dia. Best kan. :)



Teringin nak jadi macam rama-rama. Tenang dalam diam tapi tetap disedari kehadirannya walau pun dalam senyap tanpa bicara.Besarkan kan kuasa tuhan. Tiada satu makhluk pun di dunia ni tuhan jadikan sia-sia. Banyak benda kita boleh belajar sebenarnya. Even kalau kita perhatikan lebah, semut dan sebagainya, banyak pengajaran yang kita boleh ambil.


Okeylah.
Tata! :]

Monday, December 5, 2011

Mentega Lalat

Assalamualaikum :)


Hai.
Sekarang kat Kuantan tengah hujan.Dari malam semalam tak berhenti hujan. Biasalah hujung hujung tahun kat pantai timur,musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah sebab kawasan rumah tak dinaiki air. Sebenarnya aku suka sangat hujan. Rasa tenang sangat. Tapi sebab terlalu tenanglah mata ni asek kuyu,perut pulak asek minta di isi je. erk! hehe =.='


Sebenarnya bukan nak tulis pasal hujan ke banjir ke,ataupun macam tajuk besar pasal lalat hatta mentega. Tapi kalau di translate kan satu satu ikot omputeh,

Mentega = Butter
Lalat = Fly

ha, aci tak? kehkeh. Sebenarnya hari ni nak kongsi kisah rama - rama yang sangat memberi kesan pada hati ni. Bukan kisah Ramayana yang pergi kejar kijang untuk Shinta kat negeri Mantili tu ye. No no no.



Pernah tak dengar kisah seorang saintis dengan rama-rama? Ada seorang saintis ni dia nak kaji riwayat hidup seekor rama- rama,asal usul kejadian rama-rama dalam kepompom lagi. Jadi, dia perhatikan anak rama-rama dalam kepompom tu bergelut beberapa jam untuk kelur. Tapi lepas lama sangat tunggu, saintis tu rasa yang dia patut potong sikit kepompom supaya anak rama-rama tu boleh bergerak keluar.



So, anak rama-rama tu pun keluar.Tapi saintis tu mendapati yang badan & kepak rama-rama tu kecil dan lemah. Saintis terus perhatikan rama-rama tu dengan harapan kepak rama-rama tu akan terbuka dan rama- rama tu boleh terbang. Tapi dia silap. Rama-rama tu langsung tak mampu terbang,tapi hanya merangkak sepanjang hidup.



Tau tak kenapa? Sebenarnya Allah cipta kepompom tu ada sebab. Untuk dapat kekuatan, dia kena struggle untuk buka kepompom tu sendiri sebab pada waktu lah cecair dalam badan rama rama tadi tersalur kat kepak. Baru lah dia boleh terbang. Nak tak nak, untuk jadi rama-rama yang tak cacat dia kena lalui semua tu dulu.



Macam tu la jugak hidup kita sebagai manusia. Kena kena harung semua obstacle yang datang dalam hidup. Semua tu adalah untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang kuat,lebih hebat. Nak tak nak,itulah asam garam sebenar kehidupan.


Sebenarnya panjang lagi nak taip ni. Next entri okey ^_^

Bersambung...

tata!