-->

tabung sumbangan ;)

Wednesday, September 9, 2015

Amorn Mansion Krabi



So,kami pun tiba di Krabi International airport. Airport ni kecik aje. Bersyukur sangat bila tiba ke destinasi. Yelah, sebelum tu tengah panas lagi dengan isu MH 370, rasa macam takut sikit bila kat atas.Kami terus ke kaunter imigresen. Boleh tahan ramai orang time tu terpaksa beratur panjang untuk urusan imigresen dan kastam.



Keluar saja dari kawasan imegresen, kami terus menuju ke kaunter bas dan teksi. Kaunter bas dan teksi ni korang boleh cari di kawasan depan airport. Untuk ke Aonang, kita boleh naik teksi, bas atau van. Kat situ banyak, tak sure sama ada boleh tawar menawar atau tak. Sebab, Pidi yang settlekan semua, kami bayar je. Kami pilih untuk naik bas untuk ke aonang. Lupa pulak nak snap gambar bas. Bas biasa aje la tapi bersih. Cost untuk ke aonang guna bas 150 bath per person. Nak ke aonang mengambil masa setengah jam.

view di sekitar depan airport. Banyak sangat public transport. Pilih, bayar dan jalan!

Sepanjang perjalanan ke Aonang, kita dapat lihat pemandangan sekitar krabi. Ianya perkampungan kecil. Ada kedai kedai, rumah kampung, kebun getah.... pokok kelapa sawit di sepanjang perjalanan.

wuhooo aku dan yuni cayang ! muka terlajak happy walaupun tak tidur semalaman sebab buat duty night shift.


Sampai saja di sekitar aonang, bas akan berhenti di setiap tepi tepi hotel penginapan. Driver bas akan jerit untuk bagi tau pelancong jika sampai ke destinasi. Yuhuuu akhirnya driver bas jerit bagitau dah sampai di Amorn Mansion. Kami pun turun terpingga. Tak nampak pun Amorn Mansion ni. Celah mana lah. Rupanya kena menapak sikit. Amorn Mansion ni tersorok sikit. Kena daki bukit sikit sebab laluan masuk ke Amorn mansion ni kecil, muat untuk satu kereta je.
 




Ha, Amorn Mansion ni terletak bertentangan dengan bangunan kat atas ni.



bangunan ini teletak sederet dengan lokasi amorn Mansion

Nampak tak, arrow merah tu. Korang daki masuk sikit ke dalam.
Hotel ni boleh la untuk aku kategorikan hotel 3 bintang. Hotel ni kecil saja, sesuai untuk percutian bajet. Kawasan nya bersih dan tenang. yang oebting provide halal breakfast kerana pekerja nya orang muslim. Kami dah booking awal awal. Sampai sampai pening nak bayar je sebab masuk tak biasa dengan note bath. Fuhh beribu beribu. Blur sekejap nak membilang. Hotel ni murah saja. Aku pun dah lupa berapa harganya. Aku duduk berdua dengan yuni, alom dengan emi dan pidi of course la stay dengan __________ (aku lupa dah namanya T_T , dia ni kawan satu tempat kerja dengan pidi)
Ha aku tepek sekali gambar suasana bilik amorn mansion untuk tatapan reader semua.





Ok nanti kita sambung next entry ye ! :)

No comments: