-->

tabung sumbangan ;)

Sunday, December 18, 2011

Pengembaraan Janin

Hai.
Assalamualaikum (^_^)v

Hari tu kan kan, tengok Halaqah kat tv9. Topik yang dibancangkan best sangat iaitu Perjalanan Janin. Best sebab kita boleh tau banyak ilmu baru. Dah nama topik pun perjalanan janin memang sangat related la dengan diri sendiri.So harini rasa nak share sikit ilmu dengan kawan kawan (kalau ada yang baca la kan.Siapalah aiii ni T_T) Up saham akhirat sikit. heee


Kenapa kita tak terus masuk syurga?

Tau tak kenapa Allah tak terus masukkan kita dalam syurga padahal dengan segala kekuasaan Allah,Dia boleh buat macam tu pada kita hamba hambaNya sebenarnya.Allah jadikan kita sebagai manusia sebagai sebaik baik insan.Khairul Insan.

So apa korelasinya semua tu? Haa tau tak. Sebenarnya mudah je.Kalau Allah terus masukkan kita dalam syurga,kita tak akan dapat menikmati betapa lazatnya nikmat syurga tu.Cuba kita fikirkan. Kalaulah kita tidah pernah merasa atau tahu macam mana rasa pahitnya sesuatu tu,sudah tentu lah kalau kita merasa benda yang manis kita tidak akan merasai betapa best nyaaaaa rasa manis tu. Paham tak? Paham tak? hee. Sama lah macam kita berpuasa selama sebulan masa Ramadhan,bila dah raya tu kita rasa best kan. kan. =D

- - - - - - - - - -



Kenapa kita dijadikan secara berperingkat?

Sebab Allah nak kita berfikir.Dengan berfikir akan terbentuk jalur perasaan & jalur keinsafan,secara tak langsung wujud perasaan takjub kepada Allah. Allah tak bagi kita instinct semata-mata. Allah tunjuk kebesaran tu dimana-mana je,dan yang paling dekat dengan diri kita,dalam rahim tu sendiri.

Sedikit tentang pengembaraan yang penuh keajaiban.

Allah tiupkan roh selepas 120 hari disenyawakan. Pada waktu itu, roh bersaksi kepada Allah bahawa "hanya Allah satu satunya tuhan yang ku sembah ". Allah jugak telah mencatatkan takdir kita pada waktu itu.



boleh rujuk surah Al mukminun ayat 13,14 :)


Perbezaan keadaan janin dalam rahim sebelum dan selepas  mendengar ayat Quran.



Kalau kita dapat tengok dalam video kat atas ni, bila janin mendengar ayat Quran, janin tu akan bertukar posisi dalam keadaan sujud iaitu posisi yang paling dekat dengan Allah. Wahh kagum kagumm.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...
99 bahagian yang Allah simpan tu adalah untuk orang orang yang beriman di akhirat kelak. (^_^)


Tu je lah kengkawan. Nanti kita sharing sharing lagi eh. hee
Okeylah,
Tata! :]

No comments: