-->

tabung sumbangan ;)

Friday, February 10, 2012

Beginilah Lazimnya

Hai.
Assalamualaikum.

Beginilah lazimnya, aku jarang update eventho banyak perkara boleh dikongsikan kat sini.Selalu tak dengar ayat ni " Satu kejahatan akan menutup 1000 kebaikan". Tak engat ayat yang sebetulnya tapi lebih kurang macam tu lah maksud dia.


Memang aku setuju.Sifat manusia yang suka menghukum sesuatu perkara yang kadang kadang tidak masuk akal, tidak boleh diguna pakai. Biar aku bagi contoh. Kamal budak warak. Selalu pergi surau.Jemaah kat surau.Kuliah agama semua pergi. Tapi pada satu hari,dia sakit hati kemudian bergaduh tanpa tak sedar dia maki maki, carut carut kat kawan dia,lepas tu bertumbuk sepak terajang segala. Kawan dia pengsan.Kena tahan ward. Mak bapak kawan dia buat police report. Kamal kena tahan. Lepas tu korang buat la cite sendiri tapi las sekali ending dia kamal keluar lokap. hahaha. Oke oke. Serius. Ehem.


Pada pendapat korang la, selepas kamal terima hukuman dia, kembali jadi warak semula, pergi masjid,forum perdana, agak agak apa penerimaan masyarakat? Orang akan tetap akan cakap " Oh kamal yang mana eh? Yang pakai kepiah tu ke? Yang belasah anak pak seman tu ke? Yang masuk lokap ari tu? Ish bukan boleh caye sangat si kamal tu. Kaki pukul. " Amacam? Setuju?  Atau mungkin ada yang akan cakap, "Oh kamal tu budak baik. Tapi biasa lah manusia mana yang tak pernah buat silap". Ayat macam baik, takde prejudis dengan si kamal tu, tapi tetap mention pasal kesilapan si kamal tu walaupun tak state ape jenis kesalahan yang kamal dah buat.


Nampak? Walaupun selama ni engkau yang tabur emas berguni guni,tapi oleh sebab satu kesalahan, engkau akan terus dihukum di hukum dihukum dengan mulut manusia, dihukum dengan pandangan manusia,sikap prejudis manusia.


Okey okey biar aku bagi satu lagi contoh. Kita amik Shakira la sebagai contoh.

" Eh aku minat sangat Shakira. Baik kan dia."
" Aaah baik kan. Tak macam dulu. Seksi.Dah la putih.Asek tukar jantan je. tapi Alhamdulillah sekang dah berubah."

Nampak? Orang tetap akan bercerita tentang kesalahan dulu.
Kita macam mana? Okey? Tak okey?
Fikirkan.

Monday, January 23, 2012

Nak Testing Ajer

Hi kuwan kuwan semua.hihi.

sajer jew kiter update ari niw.
kite nak try try baby baru kiter ni.
name dier sam. hikhik.


tolongla maapkan mood gedik aku ari ni. haha.
byebye kuwan kuwan.
mwahx!

Thursday, January 12, 2012

Double Two




Masuk tahun baru,umur meningkat setingkat, makin meningkat juga tanggungjawab aku sebagai seorang anak,dan makin banyak ilmu dipelajari dan makin banyak amal sepatutnya telah dilakukan and paling penting PENGALAMAN selama aku bertapak di bumi Allah ni.Dan yang selalu aku terfikir, makin bertambah usia ni adakah mungkin bermakna semakin dekat waktu yang aku akan ditinggalkan mak ayah yang semakin bertambah umur sejajar masuknya ke tahun baru.Ewah sejajar! Ayat karangan spm. Yela memang mereka masih kuat,masih belum dikategorikan dalam kategori warga emas tapi aku selalu macam paranoid. takot ditinggalkan. Tapi ni tak bermakna aku bukan la seorang tak tak reti berdiri diatas kaki sendiri.



Aku sulung.Tapi aku yang paling fragile. Aku sulung.Tapi aku yang paling tak tough.Rasanya la. Aku sulung.Tapi sampai sekarang,tak puas hati itu ini, aku menangis teresak esak mengadu pada mak ayah. Aku sulung tapi kengkadang umi masih lagi suapkan nasi.Kadang kadang.Aku susah nak percaya orang lain selain keluarga nuclear aku sendiri.Sebab kadang kadang aku tak yakin untuk berkongsi macam macam luar dalam tentang hati dan perasaan, aku gusar suatu masa nanti cerita kita yang tak seberapa diperbesar besarkan,dimanipulasikan, ditwist twist ditambah dengan tafsiran bukan bukan.


Sebenarnya tak tahu macam mana jari boleh meloncat laju menaip entri ni.Dalam diam aku coret dalam diary tentang impian dan masa depan. dan selalunya aku akan end up dengan macam macam perasaan.Dan selalunya juga aku akan tekup muka dibantal, bungkus diri dalam selimut dan menangis semahunya. tak tahu kenapa. Sebab rasa macam........... boleh ke? boleh ke? Negatif sangat.Takot sangat.tu la masalahnya. Aku sedar kita tak boleh buruk sangka apa lagi dengan masa depan kita.Cuma kita kena buat yang terbaik yang lain lain tu serahkan pada Allah. Tak boleh nak hopeless sangat. Tau tapi buat jugak. Terukk.


Dah jauh tersasar sebenarnya aku ni.patutnya aku nak cerita lain,tulis benda lain.Wuwu.
Okeyla.Thanks if you read my blog. Hargai sangat.
Babai.
Assalamualaikum.
^_^

Tuesday, January 10, 2012

Sekadar Memuntahkan Isi Jiwa Seadanya


Memang hajatnya aku nak menulis tentang itu ini dengan lapang dada dan berperasaan gembira. Tapi sejak kebelakangan seminggu dua ni, emosi aku hari hari bergelora ada pasang surutnya .Bukan sebab tak gembira ditempatkan di tempat yang baru untuk training....sangat gembira... tapi... ntah.. peel manusia di persekitaran rumah yang membuatkan hati ni jadi sebal meluap luap nak memberontak.Hari hari balik rumah mesti penuh dengan emosi.Sakit,marah,benci,sedih,terasa sangat pathetic. Tak mampu nak buat apa-apa. Diluah mati emak diluah mati bapak.

Hurm.
Hurm............

*menangis dalam selimut* again and again.


Allah... tolonglah.. ringankan beban kami.
T-T


p/s: entri pertama 2012. entri mukadimah yang not nais.

Friday, December 30, 2011

Uwang


Itu takde.
Ini takde.
Itu rosak.
Ini rosak.
............................
Itu perlu.
Ini pun perlu.


Haih.
*Picit kepala*


Tu baru anak dara.Belum lagi punya anak dua.