-->

tabung sumbangan ;)

Wednesday, December 14, 2011

HypnoBirthing

Hai.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni hari terang benderang tak hujan lagi. Almaklumlah musim banjir sekarang kan kat Kuantan. huwhuw. Sejuk gila amat sampai nak pegi mana-mana kena pakai sweater. Ace bayang macam mana nak mandi pulak tu. Tak ke haruuu. Haha. Dah bukan takat haru, biru mulut-mulut semua, gigi terkacip kacip terketar-ketar. Cuma nasib baik cakap tak keluar asap je ha.Actually, makin ramai dipindahkan ke pusat pemindahan. Alhamdulillah rumah aku selamat lagik. pheww. Lega.Lega.


Okeylah sebenarnya den ni nak bukak cito pasal HypnoBirthing.Hari tu tertengok dalam rancangan WHI. Nak share sikit la dengan kawan-kawan sume. hehe.Tapi waktu tengok tu dah separuh da. Bila dengar tajuk tu mula-mula tade la paham sangat. Ingatkan pukau memukau semata-mata. Rupa-rupanya bukan. hee.


pstt. bukan macam ni ye. ;D


So,apakah itu HypnoBirthing?

Hypnobirthing ni adalah kaedah kelahiran yang sangat santai dan dibantu dengan teknik hipnosis. Ala macam pukau la tuww. Sebenarnya kaedah ini lebih memudahkan wanita untuk bersalin dengan menggunakan naluri keibuan mereka sendiri. Maksudnya kat sini, tade la push push macam nak melahirkan baby kat hospital tu dan ibu tu berinteraksi secara direct dengan baby dalam kandungan menggunakan naluri mereka sendiri. Kaedah ni lebih selamat,lebih mudah dan lebih selesa. Yang paling penting kaedah ni PAINLESS!


Tau tak kenapa bila bersalin secara biasa amat menyakitkan?

Kebanyakkan sakit yang berkaitan dengan labour ni berpunca dari ketakutan yang telah diprogramkan dalam diri semua wanita mengenai kelahiran. Dari kecik lagi kita dah biasa dengar dan diberitahu yang proses kelahiran ni sangat lah memeritkan,menyakitkan & menyiksakan ibu.
Humanity's most painful plight! Dari situ,dari kecik lagi, budak-budak pompuan semua dah rasa takut,seram sejuk semua termasuklah aku. Sampai pernah terpikir tak nak kawen kot. Haha. Tu zaman hingusan dulu la.Time kecik cinonet dulu. :D


Masa nak bersalin, apabila si ibu terlalu ketakutan dengan kesakitan,
body tense and constricted,so benda ni lah akan menjadikan sakit tu lebih worse.So, jika ibu buang semua ketakutan dan bersalin secara yang santai,makanya secara teorinya kesakitan itu sama sekali dalam dikeluarkan dan pendek kata rasa sakit tu langsung tak ada.


Kat mana kita boleh pakai kaedah HypnoBirthing ni?

Kat mana sahaja yang anda merancang untuk bersalin.Tak payah ke
hospital.Bersalin sendiri kat rumah pon boleh. Kat office, atau kat mana-mana yang korang suka. Cuma korang kena pandai la guna teknik ni. Kena selalu tenang, fokus dan belajar mengawal teknik pernafasan. Kat Malaysia pun dah ramai ibu ibu yang cuba kaedah ni,dan ternyata kaedah ni sangat berjaya. Yang paling penting TAK SAKIT! hehe




Adakah ia selamat untuk ibu dan bayi?

Ya. Hypnosis adalah benar-benar selamat untuk kedua-dua ibu dan bayi. Jangan risau. yang penting yakin. hee


Untuk lebih info dan berminat nak join kelas Hypnobirthing, boleh ke website ini. http://www.hypnobirthing.com.my/. Anda akan diselia oleh hypnotherpist yang berpengalaman klinikal yang akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan hipnosis positif untuk kebaikan anda dan bayi anda.




Pssst.. daripada banjir,surut,banjir & surut balik, baru siap entri ni. =P