Apa niat kita masa makan ubat?
Adakah kita berkeyakinan dengan makan ubat tu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita berharap bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan ubat tu ada kuasa magik untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu ada power untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tak sedar bahawa dengan 
beranggapan macam tu kita telah terjatuh dalam syirik kecil. 
Astaghfirullahal ‘Azim.Ubat itu hanya menjadi 
perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa
 untuk menyembuhkan penyakit. Hanya Allah je yang ada kuasa
 yang Maha Penyembuh.
Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari 
Allah. Doktor dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh 
Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk 
menyembuhkan penyakit. Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan Insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia.
 Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama 
tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan 
dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar….bertambah lah dosa.
Jadi,betulkanlah niat kita tu dan betulkanlah juga anggapan kita tu okey. Lain kali kalau nak datang jumpa mana mana doktor. Niatkan tujuan kita nak 
berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab 
ubat itu dan dengan izinNya penyakit kita mudah-mudahan akan sembuh 
ye. Ingat!. Ubat atau pun doktor takde apa apa kuasa untuk 
sembuhkan penyakit….
Ni nanti masa nak 
makan ubat tu baca dulu doa ni ye.Ini doa Bismillah Enam.
Bunyinye dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim
renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya :p
No comments:
Post a Comment