-->

tabung sumbangan ;)

Tuesday, September 8, 2015

Resipi Kuah Chiken Chop Mudah


Dah banyak kali huda (housemate yang da boom!) buat Chiken Chop & Lamb Chop. Tersangatlahhh sedap. Rupa rupanya mudah aje. Baru belajar buat dan ianya menjadi! Yipee. So kali ni nak share dengan reader semua resipi yang teramatlah simple.


Bahan bahan :

1) sup cendawan campbell
2) black pepper powder
3) black pepper
4) tepung jagung
5) cendawan shitake (optional - aku masukkan sebab aku suka!)
6) air ikut suka
7) garam
8) sos tiram (optional)
9) bawang putih & cili hidup 2 biji


Cara-cara

1) Panaskan kuali & minyak. Masukkan bawang putih & cili yang dipotong dua.Tumis hingga naik bau.

2) Masukkan air (sukat ikut suka)

3) Masukkan powder sup cendawan campbell (aku guna 2 paket)

4) Kacau dan biar seketika. Tambahkan black papper powder dan masukkan black pepper yang dah ditumbuk halus, campak dalam kuali.

5) Letakkan cendawan shitakke (aku belah 4), garam dan sedikit sos tiram jika mahu

6) Dah mengelegak, baru letak tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah chiken chop kita.

OK SIAP !






No comments: