-->

tabung sumbangan ;)

Friday, December 30, 2011

Uwang


Itu takde.
Ini takde.
Itu rosak.
Ini rosak.
............................
Itu perlu.
Ini pun perlu.


Haih.
*Picit kepala*


Tu baru anak dara.Belum lagi punya anak dua.


Sunday, December 18, 2011

Pengembaraan Janin

Hai.
Assalamualaikum (^_^)v

Hari tu kan kan, tengok Halaqah kat tv9. Topik yang dibancangkan best sangat iaitu Perjalanan Janin. Best sebab kita boleh tau banyak ilmu baru. Dah nama topik pun perjalanan janin memang sangat related la dengan diri sendiri.So harini rasa nak share sikit ilmu dengan kawan kawan (kalau ada yang baca la kan.Siapalah aiii ni T_T) Up saham akhirat sikit. heee


Kenapa kita tak terus masuk syurga?

Tau tak kenapa Allah tak terus masukkan kita dalam syurga padahal dengan segala kekuasaan Allah,Dia boleh buat macam tu pada kita hamba hambaNya sebenarnya.Allah jadikan kita sebagai manusia sebagai sebaik baik insan.Khairul Insan.

So apa korelasinya semua tu? Haa tau tak. Sebenarnya mudah je.Kalau Allah terus masukkan kita dalam syurga,kita tak akan dapat menikmati betapa lazatnya nikmat syurga tu.Cuba kita fikirkan. Kalaulah kita tidah pernah merasa atau tahu macam mana rasa pahitnya sesuatu tu,sudah tentu lah kalau kita merasa benda yang manis kita tidak akan merasai betapa best nyaaaaa rasa manis tu. Paham tak? Paham tak? hee. Sama lah macam kita berpuasa selama sebulan masa Ramadhan,bila dah raya tu kita rasa best kan. kan. =D

- - - - - - - - - -



Kenapa kita dijadikan secara berperingkat?

Sebab Allah nak kita berfikir.Dengan berfikir akan terbentuk jalur perasaan & jalur keinsafan,secara tak langsung wujud perasaan takjub kepada Allah. Allah tak bagi kita instinct semata-mata. Allah tunjuk kebesaran tu dimana-mana je,dan yang paling dekat dengan diri kita,dalam rahim tu sendiri.

Sedikit tentang pengembaraan yang penuh keajaiban.

Allah tiupkan roh selepas 120 hari disenyawakan. Pada waktu itu, roh bersaksi kepada Allah bahawa "hanya Allah satu satunya tuhan yang ku sembah ". Allah jugak telah mencatatkan takdir kita pada waktu itu.



boleh rujuk surah Al mukminun ayat 13,14 :)


Perbezaan keadaan janin dalam rahim sebelum dan selepas  mendengar ayat Quran.



Kalau kita dapat tengok dalam video kat atas ni, bila janin mendengar ayat Quran, janin tu akan bertukar posisi dalam keadaan sujud iaitu posisi yang paling dekat dengan Allah. Wahh kagum kagumm.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak...
99 bahagian yang Allah simpan tu adalah untuk orang orang yang beriman di akhirat kelak. (^_^)


Tu je lah kengkawan. Nanti kita sharing sharing lagi eh. hee
Okeylah,
Tata! :]

Wednesday, December 14, 2011

HypnoBirthing

Hai.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni hari terang benderang tak hujan lagi. Almaklumlah musim banjir sekarang kan kat Kuantan. huwhuw. Sejuk gila amat sampai nak pegi mana-mana kena pakai sweater. Ace bayang macam mana nak mandi pulak tu. Tak ke haruuu. Haha. Dah bukan takat haru, biru mulut-mulut semua, gigi terkacip kacip terketar-ketar. Cuma nasib baik cakap tak keluar asap je ha.Actually, makin ramai dipindahkan ke pusat pemindahan. Alhamdulillah rumah aku selamat lagik. pheww. Lega.Lega.


Okeylah sebenarnya den ni nak bukak cito pasal HypnoBirthing.Hari tu tertengok dalam rancangan WHI. Nak share sikit la dengan kawan-kawan sume. hehe.Tapi waktu tengok tu dah separuh da. Bila dengar tajuk tu mula-mula tade la paham sangat. Ingatkan pukau memukau semata-mata. Rupa-rupanya bukan. hee.


pstt. bukan macam ni ye. ;D


So,apakah itu HypnoBirthing?

Hypnobirthing ni adalah kaedah kelahiran yang sangat santai dan dibantu dengan teknik hipnosis. Ala macam pukau la tuww. Sebenarnya kaedah ini lebih memudahkan wanita untuk bersalin dengan menggunakan naluri keibuan mereka sendiri. Maksudnya kat sini, tade la push push macam nak melahirkan baby kat hospital tu dan ibu tu berinteraksi secara direct dengan baby dalam kandungan menggunakan naluri mereka sendiri. Kaedah ni lebih selamat,lebih mudah dan lebih selesa. Yang paling penting kaedah ni PAINLESS!


Tau tak kenapa bila bersalin secara biasa amat menyakitkan?

Kebanyakkan sakit yang berkaitan dengan labour ni berpunca dari ketakutan yang telah diprogramkan dalam diri semua wanita mengenai kelahiran. Dari kecik lagi kita dah biasa dengar dan diberitahu yang proses kelahiran ni sangat lah memeritkan,menyakitkan & menyiksakan ibu.
Humanity's most painful plight! Dari situ,dari kecik lagi, budak-budak pompuan semua dah rasa takut,seram sejuk semua termasuklah aku. Sampai pernah terpikir tak nak kawen kot. Haha. Tu zaman hingusan dulu la.Time kecik cinonet dulu. :D


Masa nak bersalin, apabila si ibu terlalu ketakutan dengan kesakitan,
body tense and constricted,so benda ni lah akan menjadikan sakit tu lebih worse.So, jika ibu buang semua ketakutan dan bersalin secara yang santai,makanya secara teorinya kesakitan itu sama sekali dalam dikeluarkan dan pendek kata rasa sakit tu langsung tak ada.


Kat mana kita boleh pakai kaedah HypnoBirthing ni?

Kat mana sahaja yang anda merancang untuk bersalin.Tak payah ke
hospital.Bersalin sendiri kat rumah pon boleh. Kat office, atau kat mana-mana yang korang suka. Cuma korang kena pandai la guna teknik ni. Kena selalu tenang, fokus dan belajar mengawal teknik pernafasan. Kat Malaysia pun dah ramai ibu ibu yang cuba kaedah ni,dan ternyata kaedah ni sangat berjaya. Yang paling penting TAK SAKIT! hehe




Adakah ia selamat untuk ibu dan bayi?

Ya. Hypnosis adalah benar-benar selamat untuk kedua-dua ibu dan bayi. Jangan risau. yang penting yakin. hee


Untuk lebih info dan berminat nak join kelas Hypnobirthing, boleh ke website ini. http://www.hypnobirthing.com.my/. Anda akan diselia oleh hypnotherpist yang berpengalaman klinikal yang akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan hipnosis positif untuk kebaikan anda dan bayi anda.




Pssst.. daripada banjir,surut,banjir & surut balik, baru siap entri ni. =P


Saturday, December 10, 2011

Doughnuts

Hai.
Assalamualaikum :)

3 hari lepas belajar cara-cara buat donat. So hari ni aku nak share resipi donat dengan kawan-kawan semua. So let's start! =D


Eh cop! before start,bancuh 1 cawan air paip dengan 1 paket yis kering dulu tau. Pastu gaulkan setengah kilo tepung dengan 5 sudu mentega dengan jeri jemari sampai sebati.



Then, masukkan yis yang dibancuh tu dalam tepung & sedikit air. Sikit je tau. Kalau tak nanti jadi lembik pulak adunan tu.Kalau nak letak garam sikit pon boleh.Tapi aku tak letak pon. :p



Uli doh sampai lebam. eh lembut. hee


Taraaa~
Biarkan sekejap supaya doh mengembang. Lepas kembang, bentukkan jadi bentuk 'O'. Alaaaa.. macam bentuk donat tuuuww. Nak buat bentuk lain ikut suka hati. Tralala. =p.Pashtu goreng.

-

-

-





-


-
Siap! \(^_^)/
Jangan lupa tabur gula tau.



Selamat mencuba ;)


Wednesday, December 7, 2011

Mentega Lalat #2

Hai.
Assalamualaikum kawan-kawan :)

Hari ni birthday ummi. Lebiyouuh Ummi. Tapi update kali ni bukan nak up entri celebrate birthday ummi semata-mata. Nak sambung kisah rama ramai yang terbengkalai 2 hari lepas. Boleh baca kat sini ye kawan-kawan.



Biasa tak nampak rama - rama terbang melintasi kita sendiri? Ralit tengok kan. Aku suka sangat. Cantik. Kalau tengah syok buat kerja tu, tumpuan boleh teralih ke arah rama -rama ni. Rama - rama ni dia datang dalam diam, senyap je, tapi walau macam mana diam sekali pun rama-rama tu, dia berjaya attract orang sekeliling dia. Best kan. :)



Teringin nak jadi macam rama-rama. Tenang dalam diam tapi tetap disedari kehadirannya walau pun dalam senyap tanpa bicara.Besarkan kan kuasa tuhan. Tiada satu makhluk pun di dunia ni tuhan jadikan sia-sia. Banyak benda kita boleh belajar sebenarnya. Even kalau kita perhatikan lebah, semut dan sebagainya, banyak pengajaran yang kita boleh ambil.


Okeylah.
Tata! :]

Monday, December 5, 2011

Mentega Lalat

Assalamualaikum :)


Hai.
Sekarang kat Kuantan tengah hujan.Dari malam semalam tak berhenti hujan. Biasalah hujung hujung tahun kat pantai timur,musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah sebab kawasan rumah tak dinaiki air. Sebenarnya aku suka sangat hujan. Rasa tenang sangat. Tapi sebab terlalu tenanglah mata ni asek kuyu,perut pulak asek minta di isi je. erk! hehe =.='


Sebenarnya bukan nak tulis pasal hujan ke banjir ke,ataupun macam tajuk besar pasal lalat hatta mentega. Tapi kalau di translate kan satu satu ikot omputeh,

Mentega = Butter
Lalat = Fly

ha, aci tak? kehkeh. Sebenarnya hari ni nak kongsi kisah rama - rama yang sangat memberi kesan pada hati ni. Bukan kisah Ramayana yang pergi kejar kijang untuk Shinta kat negeri Mantili tu ye. No no no.



Pernah tak dengar kisah seorang saintis dengan rama-rama? Ada seorang saintis ni dia nak kaji riwayat hidup seekor rama- rama,asal usul kejadian rama-rama dalam kepompom lagi. Jadi, dia perhatikan anak rama-rama dalam kepompom tu bergelut beberapa jam untuk kelur. Tapi lepas lama sangat tunggu, saintis tu rasa yang dia patut potong sikit kepompom supaya anak rama-rama tu boleh bergerak keluar.



So, anak rama-rama tu pun keluar.Tapi saintis tu mendapati yang badan & kepak rama-rama tu kecil dan lemah. Saintis terus perhatikan rama-rama tu dengan harapan kepak rama-rama tu akan terbuka dan rama- rama tu boleh terbang. Tapi dia silap. Rama-rama tu langsung tak mampu terbang,tapi hanya merangkak sepanjang hidup.



Tau tak kenapa? Sebenarnya Allah cipta kepompom tu ada sebab. Untuk dapat kekuatan, dia kena struggle untuk buka kepompom tu sendiri sebab pada waktu lah cecair dalam badan rama rama tadi tersalur kat kepak. Baru lah dia boleh terbang. Nak tak nak, untuk jadi rama-rama yang tak cacat dia kena lalui semua tu dulu.



Macam tu la jugak hidup kita sebagai manusia. Kena kena harung semua obstacle yang datang dalam hidup. Semua tu adalah untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang kuat,lebih hebat. Nak tak nak,itulah asam garam sebenar kehidupan.


Sebenarnya panjang lagi nak taip ni. Next entri okey ^_^

Bersambung...

tata!

Thursday, November 24, 2011

Cuma Terfikir Tentang Kehidupan



Sihatnya kita,sakitnya kita,
banyak dan sedikitnya rezeki kita,
cantik dan moleknya bakal peneman suri hidup kita,
gembira dan sedihnya perjalanan hidup kita,
pandai atau kurang pandainya kita,
semuanya dalam pengetahuan dan kebijaksanaan Allah.
Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya.



Friday, September 23, 2011

Cellulitis

Last week, uncle kepada Alom admitted to hospital due to Cellulitis sampai nak kena belah kaki. Bunyi pon macam serius je. So,selalu juga la aku teman alom visit her uncle. Sebelum tu, jangan salah faham.Cellulitis tu bukan selulit biasa yang macam kulit oren tak rata tu tahu? Sila betulkan fahaman anda.Ehem. *macam pakar sangat.poyo!*


Sebenarnya cellulitis tu ialah common skin infection yang disebabkan oleh bacteria. Bunyi macam simple kan? Tapi tau tak masa aku pergi melawat uncle alom, aku tengok kondisi kaki kanan uncle dia sangat bengkak besar sangat, ada crack kat sekitar betis plus kemerah-merahan. Bukan merah biasa tu, merah macam biru-biru. Haisyh! Tak reti nak describe tapi aku da google gambar nak bagi korang lebih jelas dan paham. ngeee~


*lebih kurang tapi not exactly same*


Nampak besar & bengkak tapi sebenarnya cellulitis dia sebenarnya jangkitan tanpa nanah, drainage ataupun ulcer dan biasanya orang obesiti berisiko tinggi untuk terkena infection ni. Kesian kan? Mesti sakit. Tapi Alhamdulillah uncle alom dah pun keluar hospital. :)


Okeylah.
Tata. ;)

Saturday, September 17, 2011

Apa Yang Best Sangat Kerja Kat OPD ?

Hey aku macam suka sangat kerja kat bahagian OutPatient Department. Haha.Kat OPD langsung tiada stress. I mean kalau stress pun, aku tak kan jadi nak tarik muka empat belas sebab aku dikelilingi dengan kawan-kawan trainee dan staff yang super duper NICE! Mesti gelak tak hengattt wa cakap sama lu. hikhik


OPD sangat simple & sempoi. Yes sangat simple & sempoi. Just amek basket & filling ubat. Senang. Rasa kalau penat boleh duduk. Kalau malas boleh request dengan Mr Raj nak pergi main kira-kira & settlekan SPUB. Senang. Kalau lapar boleh keluar kejap ramai-ramai pergi beli waffer perisa coklat peanut pastu makan curik-curik tepi ward pead.


*nyum nyum! tapi kat HPRZ mahal!*


Bekerja kat OPD jugak la aku berpeluang pergi klinik psikiatri untuk filling drugs & last week aku & yuni trainee KSKB diberi kesempatan untuk dispense pada patient. Tapi agak kekok la sikit. Dispense pada patient sebenar tak sama macam yang kita selalu buat masa dispensing class. hee. Seronok juga bekerja kat sini. Boleh tengok macam-macam gelagat orang. Hei jangan la salah faham. Tak semua yang pergi klinik psikiatri tu gila! Ada yang insomnia tiap tiap malam, nyanyuk, depress sikit-sikit. Tapi memang tak dinafikan banyak patient yang memang "sakit" sikit. Sikit je la.Kalau banyak mesti duduk kat ward kan? kan? ;)


Masa mula-mula agak cuak sikit kononnye, "eh alamak.takutnya macam mana kalau diorang kacau aku ke ape ke", cenggitu la mula-mula kan, haha, tapi aku silap beb! Mereka langsung tak macam tu. Elok je perangai tak kacau orang. Dan yang bagusnya, diorang sangat alert dengan ubat diorang. Contohnya, bulan lepas makan risperidone 1 mg, bulan ni Dr prescribed 2mg, diorang akan tanya macam-macam, kenapa kotak colour lain?, kenapa nak kena makan 2 biji sehari sedangkan bulan lepas makan sebiji je? Kenapa itu? kenapa ini? and diorang tau nama ubat dan strength ubat diorang. Bagus kan?


Tapi apa yang sangat menyentuh hati aku, minggu lepas, ada seorang patient yang bekerja kat Jerantut,Pahang datang ambil ubat kat KB sama-sama dengan mak ayah dia. Kami kat dalam dalam rasa pelik,buat apa balik Kelantan tiap-tiap bulan semata-mata untuk collect ubat. Boleh je dia pergi amek kat hospital terdekat dengan tempat kerja dia. So, PRP on duty, kak Aqilah pun nak la permudahkan dia dengan isi borang SPUB supaya dia boleh amek ubat kat hospital terdekat tak payah nak balik KB tiap-tiap bulan tapi patient tu tak nak.Patient tu jawab, "takpolah, memey sayo nak amek kat KB, buleh sayo amek cuti balik tiap tiap bulan jenguk mak & ayoh". Sangat menyentuh hati. Orang yang sihat sempurna tak tentu lagi engat mak bapak dia kan. :')


Ada juga yang duduk Machang, anak dia "sakit" sanggup datang amek kat KB sebab si ayah ni tak mahu orang kampung tau yang anak dia "sakit". Sampai hati ayah tu kan? kan? PRP Aqilah tanya si ibu " kenapo mari jauh jauh tak amek kat Mace jah?" Ibu jawab, " Takpolah, nanti ayoh dio maroh takut gege satu kampung" Alahai.. :(


*kaunter dispense ubat klinik psikiatri*


Eh panjang bebenor la pulak entri ni kan.
Oke la. Stop dulu.
Tata :)

Random

Hei Hei Hei..
Assalamualaikum :)


Banyak kali dah cuba cari kesempatan nak update belog tapi banyak sangat benda nak disettlekan. Hee. Tentang raya?Memang awesome. Hei walapun dah cecah 20++ duit raya still dapat RM 400++. Haha. Ternyata aku masih lagi tak didiskriminasi walaupun dah tuo lanjut usia. hee


Tapi.. tapi kan..RM 400 + kau ingat aku boleh sakan pergi joli sana sini? Minggu ke 3 raya ni da tinggal 90. Tekey ambo weh. Yela, balik je KB nak kena bayar sewa rumah, api air, duit jamuan, itu ini,makan hari-hari ,tinggal la 90 je sekarang ni. T_T . Hei aku tak boros okeng! Dunia ni menuntut aku bayar itu ini.


So, after raya aku ditugaskan semula ke OutPatient Department(OPD). YEAY! Memang suka. Even letih sebab banyak bakul nak kena filling dengan ubat, tapi tak kesah sebab OPD memang best.So, after tolak cuti, dalam 15 hari je la kat OPD. Rasa macam bahagia sikit sebab tak lama lagi dah nak habis. October ni kat Sub store & Pre-pack pastu exam. Then cuti. =D


Cuti?? Heaven gila! ^_________^
Tak sabar.

Friday, August 26, 2011

Station ke-2 : Clinical


After 1 month berada kat OutPatient Department (OPD), aku ditempatkan di Farmasi Klinikal selama sebulan. Tak cukup sebulan pun sebenarnya. Lepas tolak cuti itu ini, dalam 20 hari je. Erm sebenarnya bagi aku klinikal tak best sangat kalau nak dibandingkan dengan OPD. Yes aku setuju bertugas di bahagian klinikal memang relax tapi ape guna kalau datang kerja siap-siap awal pagi tapi kau kena melanggok je tunggu itu ini. Sangat bosan.Rasa terkontang kanting je. Tapi Alhamdulillah la kan dapat Klinikal dalam bulan Ramadhan ni. Tade la letih sangat pun. Kalau duduk OPD pukul 9.30 malam kebiasaannya dah terbaring atas katil.Penat.

Trainee diberi kebebasan nak pilih nak pergi bahagian mana dulu.So aku pilih untuk ke TDM (Therapeutic Drug Monitoring) dulu, then CDR (Cytotoxic Drug Monitoring) & last sekali TPN (Total Parenteral Nutrition). Tapi terpaksa tukar plan sebab Axysm Machine tu rosak pulak. So aku terpaksa tukar plan, masuk ke CDR then TDM & last sekali TPN. Antara tiga-tiga ni aku paling suka TDM & CDR. TPN okay. Not bad. Tapi tak tau kenapa tak rasa begitu suka duduk kat unit ni.

First day kat TDM memang sangat blur,pening, serabut. Mana tak nya En Azhar@ Abe Ha bercuti pulak hari tu. Memang agak terpingga-pingga la bila PRP suruh buat itu ini. Sangat tak mungkin la kan kalau masuk-masuk terus tau nak guna machine itu ini.Nak control bla..bla..bla..reagent..bla..bla..Yang aku tau nak spin blood je. Spin tu pun kena tau dulu nak tekan number program ikut blood sample yang diterima tu.

First day dah kena buat blood sample Cyclosporin. huh! Amek kauu! Aku buat tapi refer satu-satu pada guideline pada dinding. And erm erm, tak jadi. Result out. 2 kali buat pun out jugak. Nak buat control Cyclosporin pun tak tau mula-mula. So untuk control aje dah repeat 2 kali buat. Belum lagi nak run untuk sample. Last sekali, Chi Fei (pegawai) cakap, tape simpan blood sample run lagi esok hari. Pheww lega.

Hari esoknya lagi kecoh bila blood sample Cyclosporin tu dah ada org buang dalam tong kuning tu. Aku dengan Chua,trainee KKM, punya la cuak debar dip dap dip dup takut dipersalahkan. Tapi memang kitorang langsung tak tahu menahu pun pasal buang-buang sample darah tu. Kecoh kejap. Tapi everything turn to be fine again bila Abe Ha kutip balik blood sample tu dalam tong kuning & run the sample. Tade ape sangat la pun sebenarnya. Nasib la blood sample tu masih boleh digunakan. Lega sangat. :)

CDR dengan Nik, TPN dengan Yuni & Yuha. Hurm nothing much to do there. Bila boring, pergi packing ubat. Boring lagi,packing lagi.Packing.Packing.Packing. Haih.





Yes I'm Agree





The place where people add you as a FRIEND but walk past you in the street... RELATIONSHIPS are perfect, LIARS believe they are telling the truth, your ENEMIES visit your profile the most, yet your FRIENDS & FAMILY block you and even though you write what you are really thinking, someone always takes it the wrong way.



Welcome to facebook!

Thursday, August 18, 2011

Kerja


Saye bosan.Tinggal berdua dengan TSTM aka Alom. Ye Alom ada kat sini lagi. Tak balik Red Land lagi. ececeh. Nama nak International je kan.

So saye rasa nak cite pasal hari pertama datang ke hospital sebagai trainee di Pharmacy Department.Hari pertama seriously macam cuak-cuak sikit.Tapi sebenarnya saye rasa happy nak mula kerja kat hospital. Pengalaman pertama bekerja ni beb walaupun as a trainee la. Dulu saye pernah kerja dekat books store as a promoter. Haha. tapi tak lama. Dalam beberapa jam je bertahan and then saye pengsan. Tak tahan dengan panas plus berdiri lama lagi plus plus plus saye tengah sakit perot. Saye pengsan bukan sebab saye lembik or tak gagah okee! ;p Then terus abah saye tak bagi pegi kerja lagi.

Hurm oke berbalik pada first day datang lapur diri, memang sangat terkulat-kulat dengan tak tau nak buat ape nak lapor diri kat siapa, bole ke aku duduk sini?,agak-agak kena halau tak? Macam-macam lah kan. Biasalah first day. After orientasi setengah hari then petang tu pukul 2 dah start berkerja kat unit masing-masing.

Saye ditugaskan kat Outpatient Department for 1 month with Alom and Hazman.Pada mulanya,things going very hard.It tensed me so much that day.Memang saye rasa nak menangis. Erghhhh! Susahnya kenapa semua kelam kabut laju-laju & saye tak tau kat mana ubat itu ini, borang TCA nak tulis apa,kaki lenguh gila & setengah hari tu saye dengan Alom asek penuhkan basket ubat patient laju-laju, pastu cek satu-satu tanpa duduk seminit pun sampailah balik.Melecet kaki toksah cakap la.Macam-macam lagi la. Sampai aku terpikir Ya Allah macam ni ke kerja kat farmasi. haha. Nasib baek El, trainee dari KSKB tolong. Sebenarnya kerja tu tak susah pun. Saye je gelabah lebih! First day kan. hik hik

Fine, I was not cool. I was childish. haha. Tapi hari tu je la. Esoknya dah oke. Dah tak rasa susah. Dah rasa suka nak bekerja until sekarang. heee :)

Alhamdulillah.






Wednesday, August 17, 2011

Menyesal aku.



Okey sumpah semalam aku sebak gila.

Petang semalam aku ke bazar.Aku lihat seorang pakcik tua yang sudah buruk badannya dari kepala sampai ke kaki sedang bersimpuh di jalan.Buruk dari kepala hingga ke kaki. Aku rasa kau semua tak boleh bayang macam mana kondisi pakcik tu. Lebih dari seorang mangsa melecur akibat kebakaran. Matanya merah tunduk pandang bumi.

Aku jalan ke depan sambil mengesat air mata yang spontan bergenang keluar. Tak sanggup nak pandang lagi.

Balik rumah aku menyendiri. Kenapa aku tak bantu pakcik tadi? kenapa aku tak hulur beberapa ringgit kepada pakcik tadi. Kenapa aku kejam sangat seolah-olah buat tak peduli.


Hurm. Menyesal gila :(