-->

tabung sumbangan ;)

Thursday, August 18, 2011

Kerja


Saye bosan.Tinggal berdua dengan TSTM aka Alom. Ye Alom ada kat sini lagi. Tak balik Red Land lagi. ececeh. Nama nak International je kan.

So saye rasa nak cite pasal hari pertama datang ke hospital sebagai trainee di Pharmacy Department.Hari pertama seriously macam cuak-cuak sikit.Tapi sebenarnya saye rasa happy nak mula kerja kat hospital. Pengalaman pertama bekerja ni beb walaupun as a trainee la. Dulu saye pernah kerja dekat books store as a promoter. Haha. tapi tak lama. Dalam beberapa jam je bertahan and then saye pengsan. Tak tahan dengan panas plus berdiri lama lagi plus plus plus saye tengah sakit perot. Saye pengsan bukan sebab saye lembik or tak gagah okee! ;p Then terus abah saye tak bagi pegi kerja lagi.

Hurm oke berbalik pada first day datang lapur diri, memang sangat terkulat-kulat dengan tak tau nak buat ape nak lapor diri kat siapa, bole ke aku duduk sini?,agak-agak kena halau tak? Macam-macam lah kan. Biasalah first day. After orientasi setengah hari then petang tu pukul 2 dah start berkerja kat unit masing-masing.

Saye ditugaskan kat Outpatient Department for 1 month with Alom and Hazman.Pada mulanya,things going very hard.It tensed me so much that day.Memang saye rasa nak menangis. Erghhhh! Susahnya kenapa semua kelam kabut laju-laju & saye tak tau kat mana ubat itu ini, borang TCA nak tulis apa,kaki lenguh gila & setengah hari tu saye dengan Alom asek penuhkan basket ubat patient laju-laju, pastu cek satu-satu tanpa duduk seminit pun sampailah balik.Melecet kaki toksah cakap la.Macam-macam lagi la. Sampai aku terpikir Ya Allah macam ni ke kerja kat farmasi. haha. Nasib baek El, trainee dari KSKB tolong. Sebenarnya kerja tu tak susah pun. Saye je gelabah lebih! First day kan. hik hik

Fine, I was not cool. I was childish. haha. Tapi hari tu je la. Esoknya dah oke. Dah tak rasa susah. Dah rasa suka nak bekerja until sekarang. heee :)

Alhamdulillah.






No comments: