tabung sumbangan ;)

Tuesday, May 4, 2010

isteri kena bunuh

Suami cemburu bunuh isteri

KUANTAN - Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui ajal.

Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik mendengar aduan anaknya itu, suspek terus naik angin dan membelasah mangsa bertubi-tubi.

"Suspek kemudian bertindak agresif dengan menolak mangsa sehingga terjatuh.

"Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian memijak perut, dada dan paha isterinya.

"Suspek kemudian mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.




p/s: kalau marah pun,adohai tak kan la sampai macam tu sekali.

facebook penyebab kanser

Guna Facebook boleh bawa risiko kanser

LONDON: Laman web sosial seperti Facebook boleh meningkatkan risiko kesihatan serius dengan mengurangkan tahap hubungan wajah ke wajah, dakwa seorang doktor.

Menghantar e-mel kepada rakan berbanding bersemuka dengan mereka mungkin memberi kesan biologi yang negatif pada kadar tinggi, kata pakar psikologi, Dr Aric Sigman.

Peningkatan masalah keterasingan akan mengubah suai gen cara bekerja dan menjejaskan reaksi imun, paras hormon dan fungsi arteri malah turut memberi kesan kepada persembahan mental.

Ia boleh meningkatkan risiko masalah lebih serius seperti barah, angin ahmar, sakit jantung dan nyanyuk, kata Dr Sigman dalam Biologist, jurnal Institut Biologi.

Laman web sosial seperti MySpace dan Facebook membolehkan orang ramai berhubungan dengan rakan menerusi internet. Mereka boleh bertukar-tukar gambar, bermain permainan dan meninggalkan mesej.

Namun, walaupun ia dicipta untuk mendekatkan hubungan, Dr Sigman berkata laman web berkenaan sebenarnya menjadikan pengunjungnya lebih terasing.

Penyelidikan menunjukkan bilangan jam yang diperuntukkan untuk berbual secara bersemuka jatuh mendadak sejak 1987 apabila penggunaan media elektronik meningkat.

“Memang ada perbezaan antara ‘kehadiran sebenar’ dan kepelbagaian maya,” kata Dr Sigman.

Sesetengah gen, termasuk yang terbabit dengan sistem imun dan reaksi kepada tekanan, bertindak secara berbeza mengikut sejauh mana seseorang itu berinteraksi secara sosial dengan orang lain. – Agensi



Monday, May 3, 2010

kesempurnaan tak wujud kan?



Align Center

Perfection and normalcy do not exist.kan?

Fuck perfect. Imperfect is what makes everybody themselves



im not perfect, i cant be perfect, i choose not to be perfect, i don't like people that are perfect and that say i should be perfect cause if we all were perfect i would be the odd one out!

Saturday, May 1, 2010

Fighting is easy




Fighting with the world is easy because you either win or you lose.
But fighting with closes ones is difficult because if you lose, you lose and if you win, you still lose.
So fight with your friends, but just for fun and not to find out who wins or lose

Wednesday, April 28, 2010

hebatnya huruf T :: Tempe-tempe

Tatkala Temperature Terik Terus Terbakar ,

Tukang Tempe Tetap Tabah, "Tempe-tempe" , Teriaknya.

Ternyata Teriakan Tukang Tempe Tadi Terdengar Tukang Tauhu, Terpaksa Teriakannya Tambah Tinggi, "Tauhu...Tauuhu. ..Tauhu... !" "Tempenya Terbaik, Tempenya Terenak, Tempenya Terkenal!!", Timpal Tukang Tempe .

Tukang Tauhu Tidak Terima,"Tempenya Tengik, Tempenya Tawar, Tempenya Terjelek.... !" Tukang Tempe Tertegun, Terhenyak, "Teplakkk... !" Tamparannya Tepat Terkena Tukang Tauhu.

Tapi Tukang Tauhu Tidak Terkalahkan, Tendangannya Tepat Terkena Tulang Tungkai Tukang Tempe . Tukang Tempe Terjengkang Tumbang! Tapi Terus Tegak, Tatapannya Terhunus Tajam Terhadap Tukang Tauhu.

Tetapi, Tukang Tauhu Tidak Terpengaruh Tatapan Tajam Tukang Tempe Tersebut, "Tidak Takut!!" Tantang Tukang Tauhu.

Tangan Tukang Tempe Terkepal, Tinjunya Terarah, Terus Tumbukkannya Tepat Terkena Tukang Tauhu, Tak Terelakkan! Tujuh Tempat Terkena Tinjunya, Tumbukan Terakhir Tepat Terkena TUTTTT... Tukang Tauhu Terjerembab.

"Tolong.. Tolong.. Tolong..!", Teriaknya Terdengar Tinggi. Tetapi Tanpa Tunda Tempo, Tukang Tempe Teruskan Teriakannya, " Tempe .. Tempe .. Tempe ..!!"