tabung sumbangan ;)
Wednesday, September 16, 2015
Butang request TAC CIMB hilang?!
Petang tadi, aku duk belek belek website GROUPON nak cari photobook yang murah. Saja nak bukukan gambar gambar yang dah penuh dalam handphone. Ahah! Jumpa RM 5 saja untuk saiz 6"x6" untuk 40 pages. Yeah ! Dengan lajunya nak terus buat payment. Payment 2,3 kali buat tapi fail. Aish. Dah geram aku cuba masukkan TAC number yang sama sampai 3 kali. Ape lagi. Terus TAC kena block. Mana lah nak tau tak boleh.....
Buntu, blank sekejap.
Sebenarnya tak perlu risau. Kacang je problem ni untuk diselesaikan
Untuk activatekan semula TAC on mobile, anda perlu contact call centre CIMB di talian 1 300 880 900 manakala untuk yang berada di overseas call 60322956100.
Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mengenai account anda. Contohnya, bila last transaksi, nyatakan dengan tepat amountnya dan tarikh transaksi. Selagi tak betul, selagi tu call centre tak dapat bantu. Bagi yang ada online banking, tengok je kat tranaction history anda. Mudah je. Lepas jawab 2,3 soalan, TAC anda sudah pon diactivatekan.
Alright, harap membantu. Thanks for reading.
Wednesday, September 9, 2015
Day 1 : Nutella Banana Pancake yang osem!
Previous entry about my trip please refer here:
Hmm, kami masih lagi tak tau nak makan apa. Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kat krabi cepat siang cepat malam. Macam kat sabah. Pukul 6.30 petang hari dah nak mula gelap. Sebelum kami sampai ke sini, masing masing memang dah survey habis habis pasal krabi dan kami semua time tu memang aim nak cari banana pancake yang tersohor sangat tu. Kudap kudap wajib yang semua orang kena cuba bila sampai di krabi ialah Nutella Banana Pancake dan banana coffee aishh sedap sangat.
Pada waktu petang, di sepanjang tepi tepi jalan krabi, korang boleh tengok banyak sangat stall yang menjual pancake dan ice blended dan majoriti yang aku tengok, penjualnya ialah perempuan muslim. Bukan saja pancake yang korang boleh jumpa, udang goreng tepung yang gemuk gemuk pon dijual dengan harga yang okey,tak mahal pon.
Disebabkan ni kali pertama dan cuba, kami order 1 pancake dan 1 ice blended kongsi 4 orang sebab takut tak sedap.
Nampak tak betapa happynya dapat makan.Memang sedap!
Berdasarkan apa yang aku dok perati, nutella banana pancake ni cara pembuatannya macam buat roti canai. Macam roti canai telur, tapi,,, diletakkan hirisan pisang yang nipis nipis dan dilipat kemudian dimasak macam masak roti canai sampai garing. Fuhh tapi memang sedap. Rasalah, nanti mesti rindu nak rasa lagi.
Hari pun menjelang senja. Kami balik ke bilik. Opsss pidi whatsapp katanya nak ke Krabi Night Market untuk cari makanan. Yuhuuu
Bersambung....
Day 1 : Santai di Krabi Street
Ini adalah sambungan previous entry. Kalau rajin, boleh refer ke :
1 ) Krabi
2) Amorn Mansion Krabi
Sesudahnya kami check in di Amorn Mansion, jam menunjukkan dah pukul 4 petang. Kami geng perempuan decide untuk keluar santai santai sambil cari makanan. Time tu memang dah start lapar.
kami dah ready nak keluar! |
Tempat kami menginap ni memang sangat strategik. Belah kiri berderet kedai makan (tak halal), McDonald ( pon tak halal, ada pork burger lagi tu), dan 7 Eleven manakala di sebelah kanan akan jumpa banyak kedai cenderahati dan kalau korang jalan sikit korang akan jumpa pantai. Kami terus menapak ke 7 Eleven sebab perut memang dah berkeroncong. Masa ni kami tak tau nak cari kat mana restoren halal.
Di 7 Eleven, korang kena hati hati sebab tak semua benda yang dijual di situ halal. Roti ke, chocolate ke, snack ke better check ingredient dulu. Jangan risau, snack snack yang ada kat malaysia pon ada jual kat sini. Mee segera pon banyak pork instant noodle. heerrr. Krabi ni memang perkampungan muslim. Tapi disebabkan ianya tempat perlancongan, makanan- makanan halal kena pandai cari sikit. Harganya barang barang di 7 Eleven krabi ni yang aku prasan, murah sikit dari Malaysia. Kalau tak sure harga tanya aje staff 7E tu, nanti dia akan tunjuk harga guna calculator.
Pada masa ni kami tak tau pantai kat mana dan tak berani lagi nak jalan jauh. Cuma tinjau tinjau kawasan yang berdekatan dengan hotel penginapan je.
Hmm.. rindunya
cantik kan?
Trip day 1 masih belum berakhir. Will update more!
Thanks for reading
Amorn Mansion Krabi
So,kami pun tiba di Krabi International airport. Airport ni kecik aje. Bersyukur sangat bila tiba ke destinasi. Yelah, sebelum tu tengah panas lagi dengan isu MH 370, rasa macam takut sikit bila kat atas.Kami terus ke kaunter imigresen. Boleh tahan ramai orang time tu terpaksa beratur panjang untuk urusan imigresen dan kastam.
Keluar saja dari kawasan imegresen, kami terus menuju ke kaunter bas dan teksi. Kaunter bas dan teksi ni korang boleh cari di kawasan depan airport. Untuk ke Aonang, kita boleh naik teksi, bas atau van. Kat situ banyak, tak sure sama ada boleh tawar menawar atau tak. Sebab, Pidi yang settlekan semua, kami bayar je. Kami pilih untuk naik bas untuk ke aonang. Lupa pulak nak snap gambar bas. Bas biasa aje la tapi bersih. Cost untuk ke aonang guna bas 150 bath per person. Nak ke aonang mengambil masa setengah jam.
view di sekitar depan airport. Banyak sangat public transport. Pilih, bayar dan jalan! |
Ha aku tepek sekali gambar suasana bilik amorn mansion untuk tatapan reader semua.
Ok nanti kita sambung next entry ye ! :)
Tuesday, September 8, 2015
Resipi Kuah Chiken Chop Mudah
Dah banyak kali huda (housemate yang da boom!) buat Chiken Chop & Lamb Chop. Tersangatlahhh sedap. Rupa rupanya mudah aje. Baru belajar buat dan ianya menjadi! Yipee. So kali ni nak share dengan reader semua resipi yang teramatlah simple.
Bahan bahan :
1) sup cendawan campbell
2) black pepper powder
3) black pepper
4) tepung jagung
5) cendawan shitake (optional - aku masukkan sebab aku suka!)
6) air ikut suka
7) garam
8) sos tiram (optional)
9) bawang putih & cili hidup 2 biji
Cara-cara
1) Panaskan kuali & minyak. Masukkan bawang putih & cili yang dipotong dua.Tumis hingga naik bau.
2) Masukkan air (sukat ikut suka)
3) Masukkan powder sup cendawan campbell (aku guna 2 paket)
4) Kacau dan biar seketika. Tambahkan black papper powder dan masukkan black pepper yang dah ditumbuk halus, campak dalam kuali.
5) Letakkan cendawan shitakke (aku belah 4), garam dan sedikit sos tiram jika mahu
6) Dah mengelegak, baru letak tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah chiken chop kita.
OK SIAP !
Wednesday, September 2, 2015
Krabi
Actually, trip ke krabi was 25 April last year muehehe orang kata kisah lama jangan di kenang tapi better aku tulis untuk rujukan pengalaman akan datang. Actually trip ni tak la di plan lama. Zup zup zup terus pergi je tiket air asia time tu pon tengah promo,kalau tak silap bawah RM 200 pergi balik. Aku pergi berlima dengan geng time praktikal masa di HRPZ dulu. Memang syok, masuk air sorang sorang.
Night before flight, aku tengah last night untuk Night Shift (terpaksa buat night sebab berebut cuti). Flight tengah hari. Dengan tak tidur, tak rest, pack barang sikit sikit, aku terus pegi LCCT. Thanks to Qila sebab hantarkan. To be honest, aku takut nak pergi sendiri, sebab that was my first time.
Flight KL to KRABI mengambil masa lebih kurang sejam dan waktu krabi lewat sejam dari Malaysia. Maksudnya kalau pergi pukul 1, sampai sana pun pukul 1 lebih. Macam back to future pulak! hehe
Sambung next entry !
Subscribe to:
Posts (Atom)