-->

tabung sumbangan ;)

Friday, November 14, 2014

Singgah sekejap!

Assalamualaikum

Jyeah and I'm here again. Memang lama tak update sebab kengkononnye busy, dan bila tak busy laptop pulek tara adaaa.  Kedekut nak beli baru sebab takde keperluan nak pakai pon selain dari nak update blog, layan social media and yada yada.Justeru semangat menghupdate blog hambar serta merta.


Jadi update kali ni setelah lama mendiamkan diri berbulan bulan harus lah cerita tentang diri sendiri okeh? A lot of story a bit basi dy. Tapi takpe, layan sajeeee. Sekarang setelah nak dekat 2 tahun bekerja, aku dah gain weight a few kilos. Nak pulak umur pun dah nak masuk pertengahan 20 an nih metabolism badan pon agaknya dah menjunam.Senang gilaaa nak gemuk tapi susah gila nak turun! Need a lot of hardwork untuk burn out semua lemak lemak degil.


Hurm, since kerja,kengkadang I feel like aku dah lost a bit of sense of humour. Penat okeh but I still got a lot to be thankful in life. Apa lah yang aku nak mengeluh sangat. Sehat, makan cukup,kerja ada, bebas loan, family okey, apa yang aku nak potpetpotpet sangat tentang life ni. You know what, semua dikeliling kita adalah untuk kita belajar sesuatu. Aku terinspirasi melihat pesakit pesakit breast cancer. Mereka datang hospital tak pernah aku tengok tak cantik. Dari luaran tak nampak langsung macam orang sakit. Ya rabbi, apa yang nak dikeluhkan sangat.Kerja penat itu biasa. Dah kerja haruslah penat woih.


U know what, aku emosi sangat bila ada patient yang meninggal dunia. Not all the time. Tapi ada masa masanya. Nak pulak bila aku tengok, umur mereka baya baya mak ayah aku, ya rabbi aku terbayang bayang kalau itu mak ayah aku,Kalau pesakit yang muda sikit dari mak ayah aku, spontan dalam kepala, ya Allah terima kasih kerana masih memanjangkan usia mak ayah aku. Nampak aku macam biasa je kat hospital, tapi sebenarnya tengah berperang dengan perasaan sendiri. Bila balik rumah, memang menangis macam macam benda duk fikir. Aku juga selalu terfikir, ya Allah aku dah menyaksikan beberapa kematian, adakah tanggungjawab aku berat ya Allah. Adakah aku akan disoal nanti dengan pertayaan adakah aku tidak mengambil pengajaran daripada kematian yang aku lihat.


Aku juga lihat ada pesakit yang dah la tengah diuji dengan sakit, atau anak anak yang diuji dengan sakit, tapi sombong sangat. Senang cerita, dah la kau tu sakit, kau menyakitkan pulak hati orang! Aku dah kena ayat aku takde brain ni dah 2 kali.Kali petama aku nangis, kali kedua, walaupon rasa sebal tapi lantak kau lah! Kes nya kecik je, Dr prisrkib T.Panadol untuk 2 hari total supply 12 biji dikatanya aku takda otak sebab supply sikit sangat. Ko nak banyak mana ha wei? Lain kali request dengan doktor cakap nak beli sekotak terus kan senang. Tapi dari sudut positif, aku belajar untuk sabar dan supaya aku tak jadi macam orang tu.


Hmm, I shall write a proper post later. Betapa banyak kisah yang aku dah miss untuk coret kat sini, termasuklah untuk share pengalaman bercuti di Krabi. Bajet gempak sangat percutian lolol




No comments: