-->

tabung sumbangan ;)

Saturday, November 15, 2014

Servis 3 Ringgit

Assalamualaikum..

To be truth, aku fobia dengan dentist. Some people termasuk aku, don't look foward to dental appointments than they look foward to visit to a physician. Kot mana pun memang nak seboleh bolehnya avoid dentist. Zaman sekolah dulu, aku selalu lari. Memang menyorok kat mana mana. Sebabnya masa sekolah rendah dulu, ada pengalaman kena tampal gigi,dah tu pulak misi misi time tu garang sungguh, sejak dari tu serik sangat dan terbawa bawa takot dengan dentist sampai ke tua macam ni. Sebenarnya, most dental procedures bukan sakit pon, tapi geli loya loya gituu.


Sebenarnya, dah dua tiga hari gusi aku bengkak dan sakit. Gosok dan kumur dengan listerine tak jalan, guna pulak Thymol gargle pon tak jadi ape. Andddd, dah beberapa hari aku singgah klinik gigi tapi aku duk perati dari luar je lepas tu balik.Nak masuk takottt.  Rasa nak lempang diri laju laju. Anxiety habis haha. Pastu aku mula laa duk google info macam macam kat internet. Tak cukup dengan tu, bukak you tube, tengok macam mana dental procedure step by step. Aku siap mimpi lagi bila bangun tidur tengok nanti gigi luruh satu satu kat tempat yang bengkak tu lah. Bangun tidur, terus rasa dengan lidah, ya rabbi sampai macam tu sekali ko kan pitri. Over nau kau kan!


Nak tak nak aku pujuk diri sendiri, aku kena pergi jugak untuk check. Check jeee lepas tu baru decide nak buat ke tak nak treatment. Dari rabu bawak ke khamis, bawak ke jumaat, dah google banyak tempat nak pergi nih, hajat nak pegi swasta kengkononnya dalam kepala, cepat tak payah tunggu andd rasa rasa doktor mesti lembut. Aku pun boleh claim nanti dengan company untuk dental care. Tak tau macam mana, masa dah nekad tu, terus je pergi klinik kerajaan yang 4 minit je dari rumah, malas nak drive jauh jauh. MasyaAllah takde orang langsung petang tu.Aku daftar, bayar seringgit untuk check up dan terus masuk bilik dentist. Ya rabbi, dentist tu baik gilaaa. Terus selesa. Alhamdulillahh



Dentist check, then she said gigi awak okey takde apa apa tapi ada infection kat tempat bengkak tu. Kita scalling gigi je lah.Time tu terus bagitau dentist, doctor sebenarnya saya tak pernah scalling gigi, saya tak berani nak buat harini. She said, alah sikit je, tak sakit pon cuma rasa ngilu. Kejap je ni. Bukak mulut luas luas. Aku redho terus nganga je laa. Dah tak kan nak lari pulak.  T___T


Ohoi rupanya tak rasa apa apa pon scaling. Rasa geli geli macam tu. Lepas tu pulak, kalau tak tahan, boleh bagi sign kat doctor untuk ludah kat tepi. Sekejap jee lepas tu siap! Dr bagi priscription untuk collect chlorhexidine sol untuk gargle dan kena bayar lagi 2 ringgit untuk scaling. Yeay aku puas hati.Service cepat, direzekikan pulak jumpa dentist yang tak kasar,dan paling penting aku rasa aku nak pergi buat lagi lepas ni.Takde benda nak ditakutkan. Lagi takut kalau tak gi check, sedar sedar dah buruk.



No comments: