- Kita selalu macam ni kan..sekali terkena terus tak suka.Serik. Janji dengan diri sendiri, sudah la ini yang last, yang terakhir aku buat begitu begini dengan kau. Sudah la ini kali terakhir aku membeli dengan kau. Sudah la ini yang terakhir aku berurusan dengan kau. Macam macam ceritanya.
Sebenarnya kalau kita ada pengalaman yang manis dengan orang orang keliling yang kita jumpa, berurusan ataupun berkawan.Sampai bila bila kita ingat dan rasa happy. Tapi kalau pahit sampai bila bila hati rasa kecik. Tapi bila bertemu muka bertentang empat mata, buat muka biasa, mampu lagi senyum panjang sampai ke telinga tapi dalam hati berwaspada dan berspekulasi sendiri dalam jiwa, " Dia ni memang tak boleh percaya"
tabung sumbangan ;)
Thursday, July 12, 2012
Bila Terkena Sekali ..
Saturday, July 7, 2012
Doktor Bukan Tuhan
Apa niat kita masa makan ubat?
Adakah kita berkeyakinan dengan makan ubat tu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita berharap bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan ubat tu ada kuasa magik untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu ada power untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tak sedar bahawa dengan
beranggapan macam tu kita telah terjatuh dalam syirik kecil.
Astaghfirullahal ‘Azim.Ubat itu hanya menjadi
perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa
untuk menyembuhkan penyakit. Hanya Allah je yang ada kuasa
yang Maha Penyembuh.
Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari
Allah. Doktor dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh
Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk
menyembuhkan penyakit. Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan Insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia.
Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama
tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan
dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar….bertambah lah dosa.
Jadi,betulkanlah niat kita tu dan betulkanlah juga anggapan kita tu okey. Lain kali kalau nak datang jumpa mana mana doktor. Niatkan tujuan kita nak
berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab
ubat itu dan dengan izinNya penyakit kita mudah-mudahan akan sembuh
ye. Ingat!. Ubat atau pun doktor takde apa apa kuasa untuk
sembuhkan penyakit….
Ni nanti masa nak
makan ubat tu baca dulu doa ni ye.Ini doa Bismillah Enam.
Bunyinye dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim
renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya :p
Subscribe to:
Posts (Atom)