tabung sumbangan ;)
Tuesday, September 4, 2012
Cuba Kena Atas Hidung Sendiri
Bismillah..
Cuba jangan nak menunding jari kepada setiap sudut persegi. Cuba jangan. Nampak orang baru lepas amputasi kaki, " Ha tu lah, dulu tak jaga makan.Main sebat je!" Nampak orang gugur kandungan, " Ish tu la, aktif sangat. Tak sedar diri tu tengah membuyung!"
Orang yang jatuh longkang tercalar balar kaki berdarah lutut yang rasa sakitnya. Orang yang kat atas longkang cuma tahu gelak sakan tak reti bahasa kasihan yang cuma tahu cuma mengesatkan orang, yang cuma tahu " BODOH jalan tak tengok longkang." Tangannya tak dihulur untuk sambut naik orang dibawah. Sedar tak, tak ada satu manusia pun dalam dunia ni yang nak sengaja sengaja jatuh longkang masuk parit? Paham tak malang tu tak berbau , dugaan tiba tanpa warning ? Cuba kena atas batang hidung sendiri. Menangis ketab bibir.
Tak kena lagi, sembang kencang laa. Dah kena, baru kenal ribut taufan.
Thursday, July 12, 2012
Bila Terkena Sekali ..
- Kita selalu macam ni kan..sekali terkena terus tak suka.Serik. Janji dengan diri sendiri, sudah la ini yang last, yang terakhir aku buat begitu begini dengan kau. Sudah la ini kali terakhir aku membeli dengan kau. Sudah la ini yang terakhir aku berurusan dengan kau. Macam macam ceritanya.
Sebenarnya kalau kita ada pengalaman yang manis dengan orang orang keliling yang kita jumpa, berurusan ataupun berkawan.Sampai bila bila kita ingat dan rasa happy. Tapi kalau pahit sampai bila bila hati rasa kecik. Tapi bila bertemu muka bertentang empat mata, buat muka biasa, mampu lagi senyum panjang sampai ke telinga tapi dalam hati berwaspada dan berspekulasi sendiri dalam jiwa, " Dia ni memang tak boleh percaya"
Saturday, July 7, 2012
Doktor Bukan Tuhan
Apa niat kita masa makan ubat?
Adakah kita berkeyakinan dengan makan ubat tu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita berharap bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan ubat tu ada kuasa magik untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu ada power untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tak sedar bahawa dengan
beranggapan macam tu kita telah terjatuh dalam syirik kecil.
Astaghfirullahal ‘Azim.Ubat itu hanya menjadi
perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa
untuk menyembuhkan penyakit. Hanya Allah je yang ada kuasa
yang Maha Penyembuh.
Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari
Allah. Doktor dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh
Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk
menyembuhkan penyakit. Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan Insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia.
Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama
tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan
dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar….bertambah lah dosa.
Jadi,betulkanlah niat kita tu dan betulkanlah juga anggapan kita tu okey. Lain kali kalau nak datang jumpa mana mana doktor. Niatkan tujuan kita nak
berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab
ubat itu dan dengan izinNya penyakit kita mudah-mudahan akan sembuh
ye. Ingat!. Ubat atau pun doktor takde apa apa kuasa untuk
sembuhkan penyakit….
Ni nanti masa nak
makan ubat tu baca dulu doa ni ye.Ini doa Bismillah Enam.
Bunyinye dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim
renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya :p
Monday, May 28, 2012
Easy To Forgive Hard To Forget
Forgetting implies letting go of the resentment and putting the bad memory into archive.
Jews -- Tooth for tooth, eye for eye.
Christians -- You slap me on one cheek, I present you second cheek to get slapped on.
Muslims- No revenge, No self harm. You hurt me, I forgive you =)
I am not perfect, and I confess I have forgiven "them", but at the same time, I am not sure whether I have totally forgotten it. Honestly for me, it is hard to forget the things that caused so much hurt, the painful words that were uttered, and the trust that was destroyed. I do not hold any grudges or harbor any resentments, but when memories of it flashes back, the pain I felt came rushing back as well. Adakah ini bermakna aku tak ikhlas memaafkan? Atau cuma memaafkan sekadar tak nak panjang cerita, tak nak gaduh lelama. Mungkin ye mungkin jugak tak.
"The stupid neither forgive nor forget;
the naive forgive and forget;
the wise forgive but do not forget."
~ Thomas Szasz.
I think forgetting is a an act so stupid that it'll make u make the same mistakes again. Kan? Bukan dendam tapi just precaution la kan. Taknak banana fruits two times orang kata. haha ;p
Cuma.. Jangan lah terus menghukum. Manusia buat salah dengan kita itu biasa.
Okey Assalamualaikum:)
Friday, February 10, 2012
Beginilah Lazimnya
Hai.
Assalamualaikum.
Beginilah lazimnya, aku jarang update eventho banyak perkara boleh dikongsikan kat sini.Selalu tak dengar ayat ni " Satu kejahatan akan menutup 1000 kebaikan". Tak engat ayat yang sebetulnya tapi lebih kurang macam tu lah maksud dia.
Memang aku setuju.Sifat manusia yang suka menghukum sesuatu perkara yang kadang kadang tidak masuk akal, tidak boleh diguna pakai. Biar aku bagi contoh. Kamal budak warak. Selalu pergi surau.Jemaah kat surau.Kuliah agama semua pergi. Tapi pada satu hari,dia sakit hati kemudian bergaduh tanpa tak sedar dia maki maki, carut carut kat kawan dia,lepas tu bertumbuk sepak terajang segala. Kawan dia pengsan.Kena tahan ward. Mak bapak kawan dia buat police report. Kamal kena tahan. Lepas tu korang buat la cite sendiri tapi las sekali ending dia kamal keluar lokap. hahaha. Oke oke. Serius. Ehem.
Pada pendapat korang la, selepas kamal terima hukuman dia, kembali jadi warak semula, pergi masjid,forum perdana, agak agak apa penerimaan masyarakat? Orang akan tetap akan cakap " Oh kamal yang mana eh? Yang pakai kepiah tu ke? Yang belasah anak pak seman tu ke? Yang masuk lokap ari tu? Ish bukan boleh caye sangat si kamal tu. Kaki pukul. " Amacam? Setuju? Atau mungkin ada yang akan cakap, "Oh kamal tu budak baik. Tapi biasa lah manusia mana yang tak pernah buat silap". Ayat macam baik, takde prejudis dengan si kamal tu, tapi tetap mention pasal kesilapan si kamal tu walaupun tak state ape jenis kesalahan yang kamal dah buat.
Nampak? Walaupun selama ni engkau yang tabur emas berguni guni,tapi oleh sebab satu kesalahan, engkau akan terus dihukum di hukum dihukum dengan mulut manusia, dihukum dengan pandangan manusia,sikap prejudis manusia.
Okey okey biar aku bagi satu lagi contoh. Kita amik Shakira la sebagai contoh.
Nampak? Orang tetap akan bercerita tentang kesalahan dulu.
Kita macam mana? Okey? Tak okey?
Fikirkan.

" Eh aku minat sangat Shakira. Baik kan dia."
" Aaah baik kan. Tak macam dulu. Seksi.Dah la putih.Asek tukar jantan je. tapi Alhamdulillah sekang dah berubah."
Nampak? Orang tetap akan bercerita tentang kesalahan dulu.
Kita macam mana? Okey? Tak okey?
Fikirkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)