Rasenye da berhabuk aku tak update.bukan ape.Update pasal diri sendiri.ade ke orang  nak bace masalahnya?wahaha...lame tak update pasal hidup aku yang tak berapa nak menarik ni macam  dulu-dulu..
tapi baru-baru ni, mood menulis tak datang - datang.tak lah  baru-baru. Lame da kot aku tak merapu pasal diri sendiri.Biasalah hidup ada macam-macam rencah.Aku memang nak menulis macam dulu,malangnya, kebelakangan ni aku rasa macam takde ilham langsung! takde  inspirasi, takde dorongan. Sumber perasaan dalam diri aku ni macam makin  pudar. Aku tak dapat menulis dengan bahasa-bahasa yang indah atau unik.Apa nak jadi dengan aku ni? Have I lost my  sensitivity? Alahai Fitri ni.
Aku suka menulis.Menulis di atas dasar yang mudah mengenai kebenaran & kehidupan . Walaupun kehidupan aku tak warna-warni macam sang pelangi yang cantik di kaki langit,tapi aku tetap ada corak hidup aku sendiri bukan? Sedap atau tak itu semua kehidupan dan kehidupan itu berbeza penterjemahannya bagi setiap manusia. Dan itu sebenarnya buat dunia menjadi lebih hidup dan berwarna dengan adanya ragam setiap makhluk yang berbeza-beza kemahuan dan tindak-tanduknya.
Jiwa aku berkehendakkan macam-macam perkara. Antara yang utama, adalah kasih  sayang,  harapan, cita-cita dan kejayaan.
Kosong. Ringkas je entri kali ni. Tak menjemput prasangka, sama ada aku ni religious atau  tidak. Neutral saja. Sesuai dengan emosi aku, neutral.
Hidup manusia ada pasang ada surut,terlalu banyak yang dah aku lalui dalam masa aku  tidak menulis mengenai kebiulan diri sendiri,ada yang berpunca dari kesilapan ada juga yang berpunca  dari kesedaran,apa-apa pun aku masih bersyukur sebab aku rasa kesedaran  mengatasi segalanya,dan aku lega aku masih lagi mengkelaskan diri aku  sebagai 'baik'. Woosh! Aci tak? Lantak! Aku baik.haha!
Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih berfikir, masih menaip, masih  mensyukuri, belum hilang akal lagi. Inilah dia sekembalinya aku menulis, menulis secara personal.
Aku sentiasa bernasib baik, dikelilingi dengan manusia-manusia yang  berhati mulia, yang mempercayai, yang berkasih sayang, yang sentiasa  memberi panduan & dorongan.
Aku cuma nak jadi insan.  Yang tahu dan kenal akan dirinya sendiri. Yang mengangkat tanggungjawab  dan memikulnya dengan sungguh-sungguh. Yang menyayangi keluarga. Yang  menghormati manusia. Yang membawa kasih sayang kemana saja aku  melangkah. Aku yakin. Itu yang aku mahu.
6 comments:
situasi kite lebih kurang la..haha
menulis yang benar untuk kebenaran memang tak ramai boleh buat..
@ lepat: memajukan diri sendiri bkn sng mcm nk menghancurkan diri sndiri..huhu.. kena keje keras.. yeah!
@bh : haha! kebetulan plak same yek.. engtkn bh = bidadari hijau,, rupenye bh = bdk hitam..:)
he3.. blogging ni kena ada mood kan, walaupun free kadang, xda mud.. ia tak menjadi...
apepaun salam perkenalan :-)
@lanunsepet: aah btol.. xd mood,,x d entri..xd feel gitu..hehe..
salam prkenalan juga ;)
hehe, kehidupan mmg macam2 kan. tapi syukur bila ditemani insan yg rapat. sebagai kekuatan. alhamdulillah.
Post a Comment