-->

tabung sumbangan ;)

Sunday, August 15, 2010

UNTUK KAUM WANITA SKALIAN.. 47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

Idam nak cantik jadi gila Oleh Faiza Zainudinfaiza@bharian.com.my2010/08/15



47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam



KUALALUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitamkerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yangboleh memudaratkan pengguna.



Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.



"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi merekamencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepadaBerita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal keranamenggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikatpengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutihhydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.



"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaanringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produksedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaandilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.



"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkatsetiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan



Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

=================================

Kintop

Body Beaus

BMI-9 Xylimming Capsule

Senna Plus Capsule



Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

===============================

Lami



Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

==================================

Obexlim

Slimax Coffee

Beaute Fit Body Contour

Body Trimz



Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

==================================

357 Nasal Spray



Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

=================================

Makjun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa

Ginseng Jin Fui Wan

Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

Makjun Syafiq 3 Istimewa

Reepo



Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

=================================

Air Ikan Haruan



Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

=================================================



Eriesya Spa Beauty Cream

Atika Beauty Renewal Cream

Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

Ratna Sari Whitening Night Cream

Tia Amelia Krim Jeragat

Chantique Whitening Night Cream

RZAC White Pearl Cream

Nuriz Day and Night Cream

Elite Rias Er Cream

R&Z Whitening Night Cream

Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

Pigmentation Recovery Complex

Zara Rejuvenation Cream

Natasya Krim Herba Gold

De Putih Night Cream



Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

===============================

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill



Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

===============================

Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

Qian Tong Dan

Raja Ubat Resdung

Coral Plus UA 350MG

6 comments:

Oh Malaysia said...

jangan kemaruk sangat nak kurus, periksa dulu kesahihan sesuatu produk tu. kalau x memudaratkan diri sendiri je nanti.

zhrhtoodem said...

banyaknye!

**fitri ain** said...

@amir : huhu. bukan takat produk nk kurus je,produk kosmetik pon same.

**fitri ain** said...

@zara:haah tw xp.

TcRaiN said...

satu pun produk di atas... tidak pernah Tcr Ain guna...

**fitri ain** said...

byk produk tempatan je.