-->

tabung sumbangan ;)

Tuesday, May 18, 2010

tak menjemput prasangka

Rasenye da berhabuk aku tak update.bukan ape.Update pasal diri sendiri.ade ke orang nak bace masalahnya?wahaha...lame tak update pasal hidup aku yang tak berapa nak menarik ni macam dulu-dulu..

tapi baru-baru ni, mood menulis tak datang - datang.tak lah baru-baru. Lame da kot aku tak merapu pasal diri sendiri.Biasalah hidup ada macam-macam rencah.Aku memang nak menulis macam dulu,malangnya, kebelakangan ni aku rasa macam takde ilham langsung! takde inspirasi, takde dorongan. Sumber perasaan dalam diri aku ni macam makin pudar. Aku tak dapat menulis dengan bahasa-bahasa yang indah atau unik.Apa nak jadi dengan aku ni? Have I lost my sensitivity? Alahai Fitri ni.

Aku suka menulis.Menulis di atas dasar yang mudah mengenai kebenaran & kehidupan . Walaupun kehidupan aku tak warna-warni macam sang pelangi yang cantik di kaki langit,tapi aku tetap ada corak hidup aku sendiri bukan? Sedap atau tak itu semua kehidupan dan kehidupan itu berbeza penterjemahannya bagi setiap manusia. Dan itu sebenarnya buat dunia menjadi lebih hidup dan berwarna dengan adanya ragam setiap makhluk yang berbeza-beza kemahuan dan tindak-tanduknya.

Jiwa aku berkehendakkan macam-macam perkara. Antara yang utama, adalah kasih sayang, harapan, cita-cita dan kejayaan.

Kosong. Ringkas je entri kali ni. Tak menjemput prasangka, sama ada aku ni religious atau tidak. Neutral saja. Sesuai dengan emosi aku, neutral.

Hidup manusia ada pasang ada surut,terlalu banyak yang dah aku lalui dalam masa aku tidak menulis mengenai kebiulan diri sendiri,ada yang berpunca dari kesilapan ada juga yang berpunca dari kesedaran,apa-apa pun aku masih bersyukur sebab aku rasa kesedaran mengatasi segalanya,dan aku lega aku masih lagi mengkelaskan diri aku sebagai 'baik'. Woosh! Aci tak? Lantak! Aku baik.haha!

Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih berfikir, masih menaip, masih mensyukuri, belum hilang akal lagi. Inilah dia sekembalinya aku menulis, menulis secara personal.

Aku sentiasa bernasib baik, dikelilingi dengan manusia-manusia yang berhati mulia, yang mempercayai, yang berkasih sayang, yang sentiasa memberi panduan & dorongan.

Aku cuma nak jadi insan. Yang tahu dan kenal akan dirinya sendiri. Yang mengangkat tanggungjawab dan memikulnya dengan sungguh-sungguh. Yang menyayangi keluarga. Yang menghormati manusia. Yang membawa kasih sayang kemana saja aku melangkah. Aku yakin. Itu yang aku mahu.




6 comments:

bH said...

situasi kite lebih kurang la..haha
menulis yang benar untuk kebenaran memang tak ramai boleh buat..

**fitri ain** said...

@ lepat: memajukan diri sendiri bkn sng mcm nk menghancurkan diri sndiri..huhu.. kena keje keras.. yeah!

**fitri ain** said...

@bh : haha! kebetulan plak same yek.. engtkn bh = bidadari hijau,, rupenye bh = bdk hitam..:)

LaNuNsepet said...

he3.. blogging ni kena ada mood kan, walaupun free kadang, xda mud.. ia tak menjadi...

apepaun salam perkenalan :-)

**fitri ain** said...

@lanunsepet: aah btol.. xd mood,,x d entri..xd feel gitu..hehe..

salam prkenalan juga ;)

Ibu Ammar said...

hehe, kehidupan mmg macam2 kan. tapi syukur bila ditemani insan yg rapat. sebagai kekuatan. alhamdulillah.