Assalamualaikum.
Beginilah lazimnya, aku jarang update eventho banyak perkara boleh dikongsikan kat sini.Selalu tak dengar ayat ni " Satu kejahatan akan menutup 1000 kebaikan". Tak engat ayat yang sebetulnya tapi lebih kurang macam tu lah maksud dia.
Memang aku setuju.Sifat manusia yang suka menghukum sesuatu perkara yang kadang kadang tidak masuk akal, tidak boleh diguna pakai. Biar aku bagi contoh. Kamal budak warak. Selalu pergi surau.Jemaah kat surau.Kuliah agama semua pergi. Tapi pada satu hari,dia sakit hati kemudian bergaduh tanpa tak sedar dia maki maki, carut carut kat kawan dia,lepas tu bertumbuk sepak terajang segala. Kawan dia pengsan.Kena tahan ward. Mak bapak kawan dia buat police report. Kamal kena tahan. Lepas tu korang buat la cite sendiri tapi las sekali ending dia kamal keluar lokap. hahaha. Oke oke. Serius. Ehem.
Pada pendapat korang la, selepas kamal terima hukuman dia, kembali jadi warak semula, pergi masjid,forum perdana, agak agak apa penerimaan masyarakat? Orang akan tetap akan cakap " Oh kamal yang mana eh? Yang pakai kepiah tu ke? Yang belasah anak pak seman tu ke? Yang masuk lokap ari tu? Ish bukan boleh caye sangat si kamal tu. Kaki pukul. " Amacam? Setuju? Atau mungkin ada yang akan cakap, "Oh kamal tu budak baik. Tapi biasa lah manusia mana yang tak pernah buat silap". Ayat macam baik, takde prejudis dengan si kamal tu, tapi tetap mention pasal kesilapan si kamal tu walaupun tak state ape jenis kesalahan yang kamal dah buat.
Nampak? Walaupun selama ni engkau yang tabur emas berguni guni,tapi oleh sebab satu kesalahan, engkau akan terus dihukum di hukum dihukum dengan mulut manusia, dihukum dengan pandangan manusia,sikap prejudis manusia.
Okey okey biar aku bagi satu lagi contoh. Kita amik Shakira la sebagai contoh.
" Eh aku minat sangat Shakira. Baik kan dia."
" Aaah baik kan. Tak macam dulu. Seksi.Dah la putih.Asek tukar jantan je. tapi Alhamdulillah sekang dah berubah."
Nampak? Orang tetap akan bercerita tentang kesalahan dulu.
Kita macam mana? Okey? Tak okey?
Fikirkan.