Hey aku macam suka sangat kerja kat bahagian OutPatient Department. Haha.Kat OPD langsung tiada stress. I mean kalau stress pun, aku tak kan jadi nak tarik muka empat belas sebab aku dikelilingi dengan kawan-kawan trainee dan staff yang super duper NICE! Mesti gelak tak hengattt wa cakap sama lu. hikhik
OPD sangat simple & sempoi. Yes sangat simple & sempoi. Just amek basket & filling ubat. Senang. Rasa kalau penat boleh duduk. Kalau malas boleh request dengan Mr Raj nak pergi main kira-kira & settlekan SPUB. Senang. Kalau lapar boleh keluar kejap ramai-ramai pergi beli waffer perisa coklat peanut pastu makan curik-curik tepi ward pead.
*nyum nyum! tapi kat HPRZ mahal!* Bekerja kat OPD jugak la aku berpeluang pergi klinik psikiatri untuk filling drugs & last week aku & yuni trainee KSKB diberi kesempatan untuk dispense pada patient. Tapi agak kekok la sikit. Dispense pada patient sebenar tak sama macam yang kita selalu buat masa dispensing class. hee. Seronok juga bekerja kat sini. Boleh tengok macam-macam gelagat orang. Hei jangan la salah faham. Tak semua yang pergi klinik psikiatri tu gila! Ada yang insomnia tiap tiap malam, nyanyuk, depress sikit-sikit. Tapi memang tak dinafikan banyak patient yang memang "sakit" sikit. Sikit je la.Kalau banyak mesti duduk kat ward kan? kan? ;)
Masa mula-mula agak cuak sikit kononnye, "eh alamak.takutnya macam mana kalau diorang kacau aku ke ape ke", cenggitu la mula-mula kan, haha, tapi aku silap beb! Mereka langsung tak macam tu. Elok je perangai tak kacau orang. Dan yang bagusnya, diorang sangat alert dengan ubat diorang. Contohnya, bulan lepas makan risperidone 1 mg, bulan ni Dr prescribed 2mg, diorang akan tanya macam-macam, kenapa kotak colour lain?, kenapa nak kena makan 2 biji sehari sedangkan bulan lepas makan sebiji je? Kenapa itu? kenapa ini? and diorang tau nama ubat dan strength ubat diorang. Bagus kan?
Tapi apa yang sangat menyentuh hati aku, minggu lepas, ada seorang patient yang bekerja kat Jerantut,Pahang datang ambil ubat kat KB sama-sama dengan mak ayah dia. Kami kat dalam dalam rasa pelik,buat apa balik Kelantan tiap-tiap bulan semata-mata untuk collect ubat. Boleh je dia pergi amek kat hospital terdekat dengan tempat kerja dia. So, PRP on duty, kak Aqilah pun nak la permudahkan dia dengan isi borang SPUB supaya dia boleh amek ubat kat hospital terdekat tak payah nak balik KB tiap-tiap bulan tapi patient tu tak nak.Patient tu jawab,
"takpolah, memey sayo nak amek kat KB, buleh sayo amek cuti balik tiap tiap bulan jenguk mak & ayoh". Sangat menyentuh hati. Orang yang sihat sempurna tak tentu lagi engat mak bapak dia kan. :')
Ada juga yang duduk Machang, anak dia "sakit" sanggup datang amek kat KB sebab si ayah ni tak mahu orang kampung tau yang anak dia "sakit". Sampai hati ayah tu kan? kan? PRP Aqilah tanya si ibu
" kenapo mari jauh jauh tak amek kat Mace jah?" Ibu jawab, "
Takpolah, nanti ayoh dio maroh takut gege satu kampung" Alahai.. :(
*kaunter dispense ubat klinik psikiatri* Eh panjang bebenor la pulak entri ni kan.
Oke la. Stop dulu.
Tata :)