-->

tabung sumbangan ;)

Sunday, August 22, 2010

laici yang ada lemak babi




KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/


aku rasa semua pernah kot makan laici tu. =.='



update: fakta ini tidak tepat sama sekali

7 comments:

nasri said...

sure ke nie????? komfem da??

•✿•fitri ain•✿• said...

yup2. cube cek kt jakim.

juma said...

aar..takut tul benda2 camnih..bagus nih info.

Anonymous said...

maklumat tu tak tepat, cuba buka link ni utk jawapan sebenar:
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

Anonymous said...

asmkm,
ini adalah jawapan yg saya dpt dr laman web jakim...
(http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#)

ADUAN HALAL ON-LINE
Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

Aduan : Saya ada merima e-mel dari seseorang yang dipetik kandungannya spt berikut:
Produk paling laris tetapi tidak halal.
1. Shampoo dan facial DOVE
2. PRINGLES Potato chips
3. Laici dlam tin NARCISSUS
Kesemua produk di atas ada mengandungi lemak babi/khinzir.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

Adakah kenyataan tsb sahih?
Tarikh Aduan : 17/01/2007 - 10:09:58
Jawapan : Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Untuk makluman, kenyataan tersebut kurang sahih kerana JAKIM memang tidak pernah keluarkan pengesahan halal kepada produk-produk tersebut. Ini kerana produk dove dan laici narcissus adalah produk import yang dikilangkan diluar negara manakala syarikat pringles tidak berminat untuk mendapatkan pengesahan halal. Tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM dan badan islam yang diiktiraf JAKIM tidak bermakna produk itu tidak halal. Namun sebagai pengguna islam, carilah produk yang mendapat pengesahan halal.

•✿•fitri ain•✿• said...

thx 4 da info

Anonymous said...

Walaikumussalam.... 1.Mengenai produk dove, produk tersebut memang tidak mendapat pengesahan halal JAKIM kerana ia adalah produk import, sedangkan pengesahan JAKIM hanya untuk produk yang dikilangkan di Malaysia sahaja. walaubagaimanapun JAKIM telah cuba mendapatkan maklumat dari syarikat pengedar produk tersebut dan JAKIM dimaklumkan bahawa produk dove yang dipasarkan di Malaysia adalah diperbuat dari bahan-bahan yang berasaskan tumbuhan sahaja. 2.Produk pringles memang tidak mendapat pengesahan halal JAKIM kerana syarikat pengeluar produk ini tidak berminat untuk memohon pengesahan halal untuk produk mereka kerana beranggapan produk mereka sudah establish di pasaran dan mendapat sambutan ramai. Walaupun begitu produk ini dikilangkan di kilang yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. 3. Barangan Narcissus yang dipasarkan di Malaysia telah diimport oleh sebuah syarikat di seri kembangan. Pengedar ini menjelaskan bahawa produk di atas jenama Narcissus untuk laici, longan dan mushroom dalam tin telah mendapat pengesahan halal dari badan islam di Fujian iaitu Fujian Islamic Association yang beralamat di the Mosque Quanzhou City Fujian Province. Sehingga kini badan islam ini belum tersenarai sebagai badan islam yang diiktiraf oleh JAKIM. pihak pengedar telah menjelaskan bahawa kilang yang mengeluarkan produk makanan dalam tin untuk mushroom, longan dan laici adalah berasingan dari kilang yang mengeluar dan memproses produk berasaskan daging babi. JAKIM tidak dapat mengesahkan status produk ini kerana pemeriksaan JAKIM tidak dibuat keatas kilang luar negara dan badan yang mengesahkan tidak diiktiraf oleh JAKIM. Untuk makluman umat islam dan pengguna di Malaysia, sesuatu produk yang tiada pengesahan halal bukanlah bermakna produk itu pasti haram dan tidak halal kerana tiada pengesahan dibuat oleh JAKIM dan badan islam yang diiktiraf. Jadi sebagai pengguna, pilihlah produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan badan islam luar yang diiktiraf JAKIM. sekian, terima kasih.